Rebung 2.0 Putrajaya persembahkan hidangan “Ceq Lapaq Nasik Lah” buat warga Putrajaya

- Advertisement -

Berita baik! buat semua warga Putrajaya diatas pembukaan restoran terbaru Rebung Chef Ismail 2.0 di putrajaya. terletak di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, 62200, Putrajaya berhadapan dengan PICC Putrajaya.

Restoran Rebung Putrajaya baru ini mampu untuk memuatkan seramai 300 orang pada satu masa, terdapat juga 4 bilik kecil yang mampu memuatkan sehingga 12 orang untuk setiap bilik serta Restoran ini juga mempunyai pemandangan yang indah yang mengadap pemandangan tasik Putrajaya.

Bersempena kedatangan bulan ramadan minggu hadapan Restoran Rebung Chef Ismail 2 akan mempersembahkan Bufet ramadan “Ceq Lapaq Nasik Lah’ yang akan menamnpilkan 5 jenis hidangan nasiyang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya Nasi Lemuni, Nasi Danging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu.

Setiap hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut. Pelbagai ‘Lauk Pauk’ lain juga disediakan berserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.

Pakej Bufet Ramadan Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada tahun 2024 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Harga bufet Ramadan adalah bagi dewasa RM 99 nett kanak-kanak(5-12tahun) RM 69 nett.

Untuk membuat tempahan boleh hubungi no di 011 6745 3535 atau email [email protected] . Restoran rebung terletak di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, 62200, Putrajaya berhadapan dengan PICC Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat