Hotel Tenera Meneruskan Sajian Gerenti Sedap dengan tema Lip Lap, Lip Lap

- Advertisement -

Hotel Tenera meneruskan Sajian Garenti Sedap untuk buffet Ramadhan tahun ini. Bertemakan Lip Lap, Lip Lap Buffet ramadhan kali ini akan diserikan dengan penampilan Rozita Che Wan sebagai Wajah buffet Ramadhan yang akan bermula pada 14 Mac hingga 7 April 2024.

Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan. Untuk itu, terdapat lebih  40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Hotel Tenera akan mempersembahkan lebih daripada 130 menu sajian seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah  hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij  ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal  atau ‘early bird’ pada harga RM98  sahaja daripada harga asal  RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).

Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/ whatsapp di talian 019-3854 796.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik  istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh.

Pihak hotel juga membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019 3854796/019-3592796.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).

Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera

Pakej Ramadan Staycation 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)
Bufet Ramadan untuk 2 orang
Sahur untuk 2 orang
RM388 bersih/bilik

 2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)
Bufet Ramadan untuk 4 orang
Sahur untuk 4 orang
RM688 bersih/unit

Pakej Ramadan Residensi
(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)

 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)
Bufet Ramadan untuk 1 orang
Sahur untuk 1 orang
RM298 bersih/seorang

 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)
Ramadan Bufet untuk 2 orang
Sahur untuk 2 orang
RM216 bersih/seorang

* Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024
Maklumat & Tempahan

Tempahan Bufet Ramadan
03-8929 9600
019-385 4796 (Whatsapp)

Tempahan bilik penginapan
03-8929 9600
019-233 1796 (Whatsapp)
[email protected]
www.tenerahotel.com.my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat