Concorde Hotel menyediakan Buffet Ramadhan legasi “Warisan Bonda”

- Advertisement -

Sekali lagi pada tahun ini Concorde Hotel Shah Alam akan mempersembahkan Buffet ramadhan “WARISAN IBUNDA” untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan akan datang. Sudah semestinya hidangan buffet Ramadhan Concorde hotel menjadi pilihan warga Shah Alam dan luar untuk merasai pengalaman bersama orng tersayang dengan sajian dan penginapan yang disediakan.

Concorde Hotel mempertahankan Legasi Resepi ‘Warisan Bonda’ yang mengamalkan resepi masakan tradisional air tangan ibu di rumah, Legasi yang dipertahankan untuk warga Shah Alam yang sentiasa dekat di hati.

Menu Buffet Ramadhan Warisan Bonda  terdiri daripada 100 menu yang menyelerakan bagi tetamu untuk membuat pilihan, dan Menu Istimewa adalah Kari Kepala Ikan Jenahak, telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Berlada, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Kambing Panggang dan banyak lagi.

Bagi promosi harga untuk pembelian awal disediakan “Voucher Early Brid” yang telah dibuka pembelianya sekarang sehingga 11 Mac 2024 yang berharga RM125 per Voucher. bukan itu sahaja harga promo bagi 3 hari pertama (12-14 Mac 2024) dan 3 hari terakhir  (7-6 April 2024) bagi Buffet Ramadhan adalah RM 125 untuk dewasa dan RM65 Untuk Kanak-Kanak (5-12 tahun)

Bagi harga biasa yang bermula pada 14 Mac hingga 6 April 2024 harganya adalah RM149 untuk dewasa RM75 untuk Kanak-kanak dan RM115 untuk warga tua. Concorde juga turt menyediakan Buffet sahur yang bermula pada 12 Mac hingga 9 April yg bermula pada pukul 3.00 pagi  dan harganya adalah RM66 dewasa dan RM 33 untuk Kanak-Kanak

Pihak Hotel juga menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka yang ingin bersolat dan turut menyediakan imam bagi solat terawih di Concorde hotel bagi memudahkan setiap tetamu yang menginap di hetel tersebut..

Tidak ketinggalan Legasi pengedaran BUBUR LAMBUK Concorde Hotel setiap tahun, Ianya tradisi selama 20 tahun yang menjadi tarikan buat semua warga Shah Alam untuk berkumpul di perkarangan hadapan hotel ‘Drive Thru’ untuk mendapatkan Bubur Lambuk Percuma.

Pada 6 Febuari lalu pihak Hotel telah mengedarkan sebanyak 6,000 bekas bubur Lambuk buat seluruh warga Shah Alam. Bubur tersebut disediakan oleh Cheff yang cukup terlatih dalam pembuatan bubur Lambuk dan semestinya harus dirasa buat warga Shah Alam.

Pengedaran Burbu Lambuk bermula tepat pukul 12.00 tengahhari Warga Shah alam mula berkumpul untuk mendapatan Bubur Lambuk Concorde Hotel..


 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat