Belum ditayangkan di Malaysia sebuah filem yang bergenre “Drama” karya anak tempatan Jin Ong yang berjudul “Abang Adik” telah mencipta sejarah di luar negara dengan pelbagai pengiktirafan yang telah diterima, filem ini naskah yang wajib ditonton sebelum berakhirnya tirai 2023.
Filem yang berdurasi selama 114 minit edaran MM2 Entertainment ini bakal dijadualkan menemui penonton pada 14 Disember 2023, Filem “Abang Adik” diterbitkan oleh Pengarah Eksekutif, Sinje Lee dan Alex C.Lo bersama Penerbit, Nicole Teoh dan Trini Lam.
Filem “Abang Adik” yang menampilkan gandingan pelakon hebat dua negara, Jack Tan (Malaysia) dan Wu Kang Ren (Taiwan) ini juga merangkul lebih 10 pengiktirafan termasuk anugerah di festival seperti New York Asian Film Festival 2023 (edisi ke-22) dan First Official Selection 2023 di China.
Sebuah filem yang penuh dengan mainan emosi sehingga berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan dan menjiwai watak mereka, filem ini akan membuatkan penonton dapat menjiwai setiap jalan cerita filem tersebut.
Sebagai naskhah pertama arahannya, Jin Ong yang terlebih dahulu dikenali sebagai penerbit berjaya membawa penonton menelusuri dilema kehidupan penuh kemiskinan dan kesempitan hidup dua beradik yatim piatu.
Watak Abang – orang kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak (Wu Kang Ren) sementara adiknya, Adi (Jack Tan) yang hidup bergelumang kemarahan.
Satu tragedi yang berlaku telah menguji hubungan abang dan adi yang hidup melarat ini. Dan konflikta dilema yang dihadapi Abang dan adi ini dikupas penuh cantik.
Selaku pengarah Jin Ong menyifatkan pengikitirafan yang diterima daripada festival-festival adalah sebuah indikasi positif terhadap karya Asia Tenggara yang boleh berdiri sama tinggi dengan karya dari negara terkenal dunia.
“Pengiktirafan dan kemenangan yang diperoleh dari merata benua di dunia menerusi pengisian Abang Adik yang mengangkat tema kehidupan, kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang yang disampaikan dalam balutan kreativiti karyawan seni dua negara yang mempunyai visi sama adalah bukti daya saing pengkarya Asia Tenggara yang tidak boleh dinafikan.
“Saya juga amat berharap agar Abang Adik menerima respons baik saat ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 14 Disember ini,” kata Jin Ong.
Bagi Jack Tan, ‘Abang Adik’ yang disampaikan dalam tiga bahasa iaitu Mandarin, Kantonis dan bahasa Melayu ini terlalu istimewa kerana latar cerita dan penghasilannya yang menggabungkan tenaga kerja juga pelakon dari Malaysia dan Taiwan.
Jack Tan, pemegang watak Adi mempunyai nilai sentimental tersendiri apabila membabitkan manusia dengan dua keadaan fizikalyang berbeza sehingga menjentik naluri sesiapapun yang menonton.
“Ada nilai sentimental dalam filem Abang Adik ini buat saya kerana pertalian keluarga adalah sesuatu yang dilalui semua orang di dunia.
“Dan bagaimana watak Abang serta Adi menjalani kehidupan dalam dunia sama tetapi berlainan cara, dengan seorang OKU dan seorang lagi memberontak kerana kemiskinan mereka,” kata Jack Tan.