Anwar akui ada pertambahan Menteri, tapi Kabinet tak besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan ada pertambahan kerusi Menteri bagi rombakan Kabinet yang akan diumumkan sekitar pukul 11 pagi ini.

Bagaimanapun kata beliau, rombakan Kabinet itu bagaimanapun lebih kecil berbanding pimpinan kerajaan sebelum ini.

“Ada sikit pertambahan, tapi saiznya lebih kecil dari Kabinet kerajaan sebelum ini.

“Sidang media (pengumuman) akan berlangsung pukul 11 pagi ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, lapor Utusan.

Katanya, beliau juga memaklumkan akan memindahkan sebahagian tugas dan tanggungjawabnya namun, tidak menyatakan kementerian apa.

Difahamkan, majlis angkat sumpah anggota Jemaah Menteri baharu akan berlangsung di Istana Negara, pukul 3 petang ini.

Media sebelum ini melaporkan, sekurang-kurangnya lima kementerian dijangka terbabit dalam rombakan Kabinet yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, hari ini.

Selain Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang ketika ini ketiadaan menteri, kementerian lain dijangka terbabit dalam rombakan ialah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Komunikasi Digital (KKD), Kementerian Kesihatan (KKM); Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Ketika Kabinet Kerajaan Perpaduan dilengkapkan penubuhannya pada Disember tahun lalu, ia mempunyai terdiri daripada 28 menteri dan 27 timbalan menteri termasuk dua Timbalan Perdana Menteri.

Rombakan yang dibuat hari ini dijangka menampil wajah baru dan lama adalah ada petanda beberapa bekas menteri dijangka membuat kemunculan semula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat