Ceritera Wings dalam hujan

- Advertisement -

SATU pilihan tepat apabila kumpulan legenda Wings dipilih sebagai ‘artis penutup’ di Festival Folklore Antarabangsa 2022 (PJ Folklore 2022) yang berlangsung selama enam hari bermula 28 November sehingga 3 Disember lalu.

Kehadiran mereka bagi menjayakan Konsert Wings Ceritera Rakyat di Dataran Petaling Jaya sememangnya dinanti-nantikan peminat daripada pelbagai peringkat golongan yang hadir dan dianggarkan kira-kira 10,000 orang.

Mereka sanggup menunggu lama walaupun persembahan Wings bermula pada jam 10.30 malam bagi memberi laluan terhadap acara kesenian yang berlangsung sebelum itu.

Menghampiri detik dinantikan itu, keadaan cuaca yang tenang tiba-tiba bertukar apabila hujan turun agak lebat. Namun, penonton yang sudah menyediakan payung sejak awal masih tidak berganjak dari depan pentas.

Mereka tidak lagi duduk di kerusi yang disediakan sebaliknya berdiri sebagai tanda mahu menikmati persembahan Wings sepenuhnya.

Keadaan menjadi sedikit kucar-kacir memandangkan aspek keselamatan perlu diutamakan penganjur bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Penantian peminat berakhir apabila kumpulan yang dianggotai Datuk Awie selaku vokalis utama, Eddie (pemain gitar bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) tampil dengan lagu pertama, Peronda Jaket Biru dan diikuti Jumpa Hilang.

Memandangkan masa agak terhad, Wings segera menyampaikan lagu seterusnya iaitu Biarkan Berlalu, Bernafas Dalam Lumpur, Romania, Lipas Kudung dan Sejati.

Seperti biasa, Awie yang dikenali dengan kepetahan berceloteh dan berjenaka tidak melepaskan peluang berkomunikasi dengan peminat.

 

SEBAHAGIAN daripada peminat tidak berganjak saksi persembahan Wings walaupun hujan.
SEBAHAGIAN daripada peminat tidak berganjak saksi persembahan Wings walaupun hujan.

 

 

MOHAMMAD Azhan (tiga dari kanan) bersama kumpulan wing selepas persembahan.
MOHAMMAD Azhan (tiga dari kanan) bersama kumpulan wing selepas persembahan.

 

Ada saja dialog spontannya yang mengundang ketawa penonton, sekali gus menggamatkan keadaan.

Dia juga tidak menghampakan permintaan peminat yang mahukan lagu bonus sebagai penutup dengan memilih menyampaikan lagu Harapan, sekali gus menjadikan peminat pulang dengan kepuasan.

Awie dan anggota Wings yang ditemui selepas konsert memaklumkan, mereka diserang sakit sebaik tiba dari Tanah Suci Makkah beberapa hari sebelum itu.

“Kami berasa cukup teruja kerana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengundang Wings untuk turut serta dalam festival berbentuk kebudayaan kepada masyarakat ini, apatah lagi ia diadakan secara percuma.

“Demi janji yang sudah dibuat dengan Datuk Bandar, maka kami laksanakannya. Ini adalah satu amanah dan perlu digalas oleh kami semua.

“Apa yang lebih membuat kami tersentuh adalah peminat tidak berganjak untuk terus menyaksikan persembahan kami meskipun hujan lebat,” katanya.

Datuk Bandar MBPJ, Mohammad Azhan Md Amir pula berkata, pihaknya bersyukur kerana Wings menjadi daya penarik kehadiran ramai peminat pada malam itu.

“Ini adalah manifesto kasih sayang kami kepada seluruh penduduk Petaling Jaya. Walaupun hujan, peminat tetap menunggu Wings kerana nak menyaksikan persembahan mereka,” katanya.

Pelancaran Festival Folklore Antarabangsa 2022 (PJ Folklore 2022) itu dilakukan oleh Penger

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat