Syarat Puteri Gunung Ledang: Nak pinda di mana? – MP Pasir Mas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari istiqamah tidak bersetuju dengan Barisan Nasional (BN) yang ‘meletakkan syarat’ terhadap Belanjawan 2021.

Tegasnya, beliau boleh bersetuju dengan hujahan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya berbunyi “saya sokong Belanjawan 2021 ini, dengan syarat, kerajaan umumkan polisi berhubung moratorium dan KWSP sebagaimana cadangan,” itu kedengaran agak munasabah.

“Tetapi meletak syarat, sokong dengan pindaan, nak pinda di mana? Sebab itu saya kata, meletak syarat ini apa tujuannya? Hasilnya lahirlah syarat Puteri Gunung Ledang.

“Hanya satu isu yang saya tidak bersetuju secara total, iaitu meletak syarat kerana kedua-dua perkara itu tiada dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan. Oleh yang demikian, apabila anda berkata, “saya menyokong belanjawan ini dengan pindaan”. Saya bertanya, nak pinda di mana? Ia tiada dalam RUU Perbekalan.

“Ada yang kata, ia ada dalam ucapan belanjawan. Soalan saya, yang dibahas di Parlimen berhari-hari ini, ucapan bajet atau RUU Perbekalan? Soalnya.

Ahmad Fadhli menjelaskan hujahnya iaitu, isu moratorium automotik beliau syorkan secara bersasar, agar sampai ke tangan pihak yang benar-benar memerlukan. Katanya, setuju atau tidak setuju, kedua-duanya untuk kepentingan rakyat dan boleh dibincang.

“ Isu pengeluaran ‘one off’ RM10,000 akaun 1 KWSP, saya setuju kerajaan mendengar pandangan ahli-ahli Parlimen. Sesi libat urus boleh dibuat, dan umumkan polisi,” ujarnya.

Beliau menambah, adalah wajar, ahli-ahli Parlimen kerajaan, duduk semeja, berbincang elok-elok dengan kerajaan.

“ Kita juga yang membentuk kerajaan ini. PAS pun banyak perkara tidak setuju, jika nak diungkit. Tetapi membawa ke dewan, dan meletak syarat, saya anggap kurang sesuai.
“Ia tidak mengurangkan hormat saya kepada ahli-ahli Parlimen senior. Bagi saya, mereka ada rekod tersendiri mengurus kewangan dan mentadbir, banyak boleh saya belajar.

“Tetapi saya kekal dengan apa yang sebut di Dewan Rakyat.
“Ia penerangan mudah. Tapi akan ada ramai yang sengaja tidak mahu faham,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat