Syarat Puteri Gunung Ledang Untuk Jaga Rakyat Bukan Jaga Kuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan teruk kerana Covid-19 bukan cerita dongeng.

Bahkan, lanjutan moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP bukan cerita hikayat sebalik ia adalah suara rakyat untuk kesenangan rakyat.

Kritikan ini disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Tidak pelik pun bila YB PAS dari Pasir Mas menyindir sokongan bersyarat Barisan Nasional (BN) terhadap Belanjawan 21 yang dibahaskan secara berfakta oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tiba tiba ia disanggah dengan fakta dongeng dan hikayat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas. Teruk dia dibelasah oleh netizen.

“Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam Perikatan Nasional (PN). Sebab itu kita faham apabila YB Pasir Mas sokong belanjawan tanpa syarat,” ujar Puad di Facebooknya hari ini.

Beliau menegaskan dalil syarat yang diletakkan oleh bekas Perdana Menteri itu tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan.

Menurut Puad, akaun 1 adalah duit rakyat manakala moratarium automatik pula hanyalah penangguhan sementara membayar pinjaman kepada bank yang masih untung.

“Syarat Puteri Gunung Ledang adalah sindiran jangan jaga kepentingan diri tetapi jaga rakyat susah. Sokongan bersyarat BN ialah untuk rakyat. Bukan kerana kesenangan dan kuasa.

“ Tujuh dulang hati kuman dan tujuh dulang darah anak sendiri bukan syarat BN. Sebaliknya BN mahu “hati” rakyat senang dan “darah” keringat rakyat dihargai. Ramai hilang kerja dan bankrup. Rakyat susah.

“Apakah YB Ahmad Fadhli mahu tukar Pasir Mas kepada Jambatan Emas seperti dalam cerita dongeng itu demi menjaga kepentingan kelompok sendiri bukan rakyat? sindirnya.

Semalam, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh Najib ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan (emas), hidangan (hati) nyamuk sekian, sekian, namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat