Oleh Zihan Zari
IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) bersama lapan syarikat sebagai rakan strategik bagi penempatan latihan industri / pekerjaan, latihan staf, kajian penyelidikan, perkongsian peralatan dan knowledge sharing.
Sesi menandatangani LOI telah berlangsung sempena Program CAREER CONNECT @ PUO 2025 di Dewan Jubli Perak, PUO dekat sini baru-baru ini.
Lapan organisasi itu, International Cultural Communication Center Malaysia; Barakah Systems Sdn. Bhd.; Association of Chartered Certified Accountants; Kopetro Food Sdn. Bhd.; Proweld Training Centre Sdn. Bhd.; Crescent Gear Solution Sdn. Bhd.; Universitas Dian Nusantara; dan Hande (Malaysia) Sdn. Bhd.
PUO berjaya melaksanakan Program CAREER CONNECT@PUO 2025 dengan
penuh meriah melibatkan kehadiran lebih 1,000 orang peserta yang menyertai pelbagai aktiviti seperti bengkel minda sihat, sesi seminar dan sesi temuduga terbuka.
Pengarahnya, Dr. Hjh. Salmi Che Meh berkata, program ini menyediakan peluang kepada pelajar dan graduan PUO berinteraksi secara langsung dengan wakil industri dan menambah rangkaian profesional mereka.
Menurut beliau, program ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama pihaknya dengan industri dan komuniti setempat serta menjadi platform bagi pelancaran Bulan Kaunseling peringkat PUO 2025.
Dalam pada itu, sebanyak 30 syarikat dan agensi telah menyertai program ini antaranya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK); Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ; Perak Society For Promotion Mental Health; Tetra Pak; Hovid Berhad; Ernst & Young; Kamaya Electric; Infinity Cooling Expert; Hartalega NGC Sdn. Bhd; Ipoh Sentral; dan Panasonic Appliances Air Conditioning Malaysia.
Selain itu, Azam Achievers Management; Carsem Sdn Bhd; UST Global; Dindings Poultry Processing; Unisem; AG Fast Solution; JV Auto Lube; Edenor Oleochemicals; Home Product Center; PricewaterhouseCoopers (PWC) Malaysia; Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Slumberger; Man Truck and Buy (Malaysia); Crescent Gear Solution; Antah Schindler; dan Pembimbing Rakan Siswa. – SUARA.TV



