Program Mahabbah Merotai tarik lebih 3,000 pengunjung, isyarat positif buat Ruji di DUN Merotai

Tawau,— Program Mahabbah Merotai 2025 yang berlangsung di Dewan Dato’ Seri Najib, Kampung Merotai Besar semalam mencuri perhatian apabila menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar Tawau, Kalabakan dan Merotai.

Program sehari itu dipenuhi pelbagai aktiviti melibatkan komuniti setempat daripada Pertandingan E-Sukan Mobile Legends, Pertandingan Kompang Kreatif, Pertandingan Dekorasi Bunga Telur, hinggalah kepada Pameran Kerjaya oleh PERKESO dan Pameran Keusahawanan oleh MDEC.

Kemuncak malam ialah majlis Alunan Mahabbah Merotai”, menampilkan persembahan qasidah dan selawat oleh artis tanah air Mawi, Hazama dan Pija Yasin, dengan kehadiran lebih 1,000 orang memenuhi ruang dewan sehingga lewat malam.

Penaung Persatuan Peduli dan Prihatian Rakyat Sabah (Perasa), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi turut hadir bersama pimpinan tempatan bagi meraikan masyarakat setempat yang menjadikan program itu sebagai platform kebersamaan dan silaturahim.

Penganjuran ini dilihat sebagai satu permulaan positif bagi Ruji, yang baru diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Merotai menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian itu bakal berhadapan cabaran sengit dari Warisan yang telah mewakili DUN Merotai selama dua penggal.

Kehadiran ramai penduduk pada program tersebut dianggap antara petunjuk awal terhadap sokongan masyarakat terhadap beliau yang dikenali dengan latar belakang panjang dalam perkhidmatan awam negeri dan persekutuan.

Menurut penganjur, objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh jaringan sosial dan memberi ruang kepada golongan muda serta keluarga untuk terlibat dalam aktiviti kerohanian, ekonomi dan keusahawanan di bawah semangat Malaysia MADANI.

Acara malam berakhir dengan doa penutup dan cabutan bertuah, disambut dengan tepukan gemuruh para pengunjung yang membanjiri dewan dan kawasan sekitarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat