Rundingan Agihan Kerusi GRS dan BN Hampir Selesai

- Advertisement -

CYBERJAYA – Rundingan pengagihan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) kini hampir selesai, dengan kedua-dua gabungan itu dikatakan bakal bertanding jumlah kerusi yang hampir seimbang, lapor FMT.

Laporan itu yang memetik sumber berkata, GRS dijangka bertanding di 13 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), manakala baki 12 kerusi lagi akan ditandingi BN.

Bagaimanapun terdapat satu kerusi yang masih menjadi pertikaian antara dua gabungan berkenaan iaitu Parlimen Beluran yang disandang Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee.

“Ada yang mengatakan kerusi Beluran mungkin ‘free for all’ (bebas untuk ditandingi) sekiranya rundingan tidak mencapai kata sepakat menjelang PRU15,” kata sumber yang dipetik laporan itu.

Untuk rekod, GRS yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Usno.

Manakala, BN Sabah yang dipengerusikan Datuk Seri Bung Moktar Radin terdiri daripada UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan MIC.

Sebelum ini, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gabungan itu akan bekerjasama dengan GRS di Sabah pada PRU15.

Semalam, Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberikan “restunya” untuk Bersatu bekerjasama dengan UMNO di Sabah.

Katanya, Bersatu di Sabah menjalin kerjasama dengan UMNO sejak pilihan raya negeri (PRN) 2020 dan kerjasama itu boleh diteruskan pada PRU15.

“Situasi berkenaan berbeza dengan Semenanjung, apabila Muhyiddin mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN pada PRU15,” kata laporan itu.

Memetik laporan sama, Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Jeffrey Kitingan mengesahkan gabungan itu akan memuktamadkan agihan kerusi dalam kalangan mereka dalam mesyuarat malam esok.

Beliau yang juga Presiden STAR berkata, partinya menyasarkan bertanding di empat hingga lima kerusi pada PRU15 ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat