Saifuddin Abdullah Mahu Kembali Ke Temerloh?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Biarpun membantah parlimen dibubarkan ketika musim tengkujuh hampir tiba, namun beberapa menteri dari Perikatan Nasional (PN) mula mengintai kerusi-kerusi parlimen yang mahu ditandingi.

Antaranya Datuk Saifuddin Abdullah yang dikatakan telah menyatakan hasrat kepada pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk kembali bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Saifuddin yang turut mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bersama 11 lagi menteri dari PN membantah pembubaran parlimen ketika musim banjir, tidak yakin dapat mengekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenanginya pada PRU14 lalu.

“Saifuddin sudah menyatakan hasrat beliau untuk kembali bertanding di Temerloh kepada pucuk pimpinan Bersatu.

“Perkara itu masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Mungkin hasrat Saifuddin itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan Bersatu tetapi kerusi Temerloh bukanlah selamat untuk beliau,” kata salah seorang pemimpin Bersatu kepada SuaraTV.

Saifuddin pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh pada PRU12 dan dilantik sebagai timbalan menteri pengajian tinggi.

Pada PRU13, Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh apabila tewas kepada calon PAS, Nasruddin Hassan Tantawi.

Sebelum PRU14, Saifuddin bertindak meninggalkan UMNO dan menyertai PKR serta dipilih menjadi calon di Parlimen Indera Mahkota.

Ketika pesta lompat parti menerusi Langkah Sheraton, Saifuddin antara salah seorang ahli parlimen PKR yang menyertai Bersatu dan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika pentadbiran PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat