JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan PAS sebagai “the loser” susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar.
Menurut beliau, kemenangan terbesar PAS pada pilihan raya kali ini bukanlah melalui pencapaian kerusi, sebaliknya kerana berjaya “menamatkan riwayat” Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara keseluruhan.
Puad mendakwa usaha awal PAS memberikan ruang kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini tidak berjaya melumpuhkan BERSATU, namun keadaan berbeza pada PRN Johor apabila parti itu gagal memenangi sebarang kerusi.
Beliau turut mempersoalkan sejauh mana sumbangan penyokong PAS terhadap kemenangan besar BN, termasuk dakwaan bahawa sebahagian daripada mereka mengalihkan undi kepada gabungan berkenaan.
Puad merujuk jumlah undi yang diperoleh calon PN di lima kawasan yang dikaitkannya dengan PAS, iaitu 9,225 undi di Tiram, 3,962 undi di Simpang Jeram, 2,907 undi di Jementah, 2,771 undi di Kahang dan 1,412 undi di Tenang.
Di Tiram, calon PN, Ustaz Khir memperoleh 9,225 undi, berbanding calon BN, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Suleiman yang menang dengan 49,965 undi.
Di Simpang Jeram pula, calon PN, Awang memperoleh 3,962 undi, manakala di Jementah, Saifullah Wahab meraih 2,907 undi.
Calon PN di Kahang, Haji Mazlan Bujang memperoleh 2,771 undi, sementara Cikgu Mala di Tenang hanya mendapat 1,412 undi.
Menurut Puad, angka itu menunjukkan sekiranya benar berlaku pemindahan sokongan pengundi PAS kepada BN, jumlahnya tidak cukup besar untuk dianggap sebagai faktor utama kemenangan gabungan berkenaan.
Sebaliknya, beliau berpandangan kemenangan BN didorong oleh gelombang biru yang kuat, selain kembalinya sebahagian pengundi Cina menyokong calon-calon BN.
Puad turut mendakwa PAS membayar harga mahal akibat mengamalkan politik yang dianggap pelik, termasuk sanggup melemahkan rakan komponennya sendiri.
“Kini PAS lengkap sebagai parti yang tidak boleh jadi rakan kongsi. PAS adalah ‘the loser’,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berpandangan PAS tidak wajar diberikan sebarang jawatan termasuk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan


