Sweet Charity Buat Kemunculan Kembali Dengan Konsert “Berita Gempa” di JB

- Advertisement -

Selepas 12 tahun tidak mengadakan konsert di bawah jenama Sweet Charity, akhirnya mereka kembali bersatu untuk mengubat kerinduan peminat pada Konsert Berita Gempa di Arena Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor Bahru, pada 29 Julai depan.

Datuk Ramli Sarip yang juga vokalis Sweet Charity turut berharap bahawa dengan’terpaterinya’ konsert itu nanti ianya sekaligus menepis sangkaan ramai bahawa kumpulan yang diasaskan pada 1969 itu sudah terkubur.

“Konsert terakhir Sweet Charity adalah Konsert Raksasa 2 bersama kumpulan Blues Gang di Stadium Merdeka, kira-kira 12 tahun lalu. Pada sambutan ulang tahun ke-40 band ini, kami adakan konsert di Singapura.

“Sweet Charity tidak pernah bubar. Saya jalan terus dan tidak pernah berehat. tiada istilah berehat atau merajuk, cuma sebahagian anggota Sweet Charity ada pekerjaan lain. Namun, tidak bagi saya dan Rosli yang bekerja sepenuh masa dalam industri muzik ini.

“Jadi, mereka yang bekerja, tidak boleh beri sepenuh masa kepada seni. Namun, mereka masih ada projek sampingan, tidaklah putus terus daripada dunia muzik.  Sebelum ini, kami belum ada waktu yang bagus untuk kembali bersama. Baru sekarang kami punya kesempatan”, ujarnya ketika ditemui di Bangsar baru-baru ini.

“Kalau awak tengok kumpulan Carefree, Alleycats, Flybaits dan Black Dog Bone, semua ada momen masing-masing. Ada juga yang sudah kehilangan ahli seperti kami yang sudah kehilangan dua ahli, tapi hidup tetap diteruskan.

“Sweet Charity ada sejarah tersendiri. Kalau kami masih berjalan lebih 50 tahun, maknanya ia adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.  Kalau kita tengok sekarang pun tidak ramai kumpulan dan penyanyi sampai ke tahap itu.

“Jadi, bagi saya Sweet Charity ada peminat tersendiri. Mudah-mudahan konsert ini dapat menggabungkan peminat baharu dan lama. Mudah-mudahan nostalgia itu akan dikenang,” ujarnya.

“Sebenarnya saya dan Sweet Charity mengimpikan untuk beraksi di konsert rock opera, misalnya Penunggu Rock Opera, Ribut Rock Opera dan sebagainya.  Sebelum ini saya ada berjupa dengan beberapa orang produser yang pernah membuat konsert sedemikian, namun semuanya masih dalam perbincangan”, tambah beliau.

“Jadi saya mengharapkan doa anda dan peminat agar semua anggota Sweet Charity diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menyampaikan persembahan yang memuaskan dalam konsert ini dan konsert-konsert selepasnya..InshaAllah”.

“Apa yang penting ialah kesihatan, saya sebelum ini diserang angin ahmar. Alhamdulillah saya sudah sembuh 90 peratus, semoga saya dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk konsert ini” ujar Rosli Mohalim selaku gitaris.

“Antara objektif penganjuran konsert ini juga adalah untuk mengembalikan semula nostalgia yang pernah dicipta pada awal kemunculan sejak lima dekad lalu.

“Sweet Charity mula ditubuhkan pada 1969 dan 10 tahun kemudian, barulah kami ditawarkan membuat rakaman album.Kami terima tawaran mengadakan konsert bukan soal bayaran lumayan ataupun ‘tribute’, sebaliknya lebih kepada mahu mencipta momen bersama peminat setia.

“Menerusi konset berdurasi lebih dua jam ini, kami mahu berkongsi perjalanan dari awal kemunculan Sweet Charity hingga hari ini.

“Pada usia sekarang, kami tidak tahu apakah masih mampu untuk mengadakan konsert berskala besar pada masa akan datang. Satu perkara paling manis adalah setiap lagu kami meninggalkan legasi tersendiri”.

“Walaupun kami hanya merakamkan lapan album, tetapi setiap lagu meninggalkan kesan dan ada cerita tersendiri, pihak saya turut dimaklumkan bahawa pihak penganjur akan menayangkan video lama Sweet Charity bagi membangkitkan elemen nostalgia yang didambakan di awal persembahan itu nanti”, ujarnya

Untuk konsert itu, selain Ramli dan Rosli, kumpulan berasal dari Singapura itu akan menampilkan anggota asal iaitu Ahmad Jaafar (AJ) selaku pemain keyboard, Rahman Sarbani (dram).

“Memandangkan konsert ini menggunakan judul Berita Gempa, kami juga akan menyalurkan mesej mengenai musibah yang pernah melanda dunia seperti gempa bumi yang berlaku di Turki,” katanya.

Konsert Berita Gempa bakal menyaksikan Sweet Charity menyampaikan 20 lagu menerusi tiga dimensi yang berlainan.  Sementara itu, nama konsert diambil daripada judul album terakhir Sweet Charity yang berjudul “Berita Gempa”.

Bukan sekadar penghargaan buat album klasik itu, Konsert Berita Gempa adalah ‘tribute’ kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, baru-baru ini.

Sweet Charity mahu peminat cakna terhadap isu global termasuk bencana alam dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui muzik mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat