Rindu ‘shooting’ membara

- Advertisement -

PENULARAN pandemik Covid-19 dalam negara ketika ini amat membimbangkan. Apatah lagi, kes masih meningkat meskipun ada banyak sektor ekonomi ditutup seketika.

Turut tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti kerja adalah industri hiburan. Sama ada menyanyi mahu pun berlakon ‘direhatkan’ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. yang dilaksana.

Namun, keadaan dirasa semakin perit lagi apabila untuk seluruh warga Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 16 Julai ini.

Bagi pelakon Azlee Khairi, 31, yang muncul semula dalam kerjaya lakonan awal tahun lalu, mengakui satu cabaran besar baginya memulakan kerjaya seni pada ketika pandemik melanda.

“Saya sebenarnya tak sangka bahawa kehadiran semula saya dalam industri seni lakon yang diatur sejak awal tahun lalu akan jadi seperti ini. Berdepan PKP saja sebanyak tiga kali.

“Ibaratnya, ‘shooting’ sekejap dan selepas itu berehat lama. Hingga ada kala, saya pun dah tak tahu nak buat apa di rumah. Rasanya aktiviti paling rancak kini, sudah tentu mesra Instagram kerana berkongsi foto diri sendiri,” katanya.

Azlee yang menetap di ibu kota bersendirian berkata, dia kini hanya mampu menyimpan harapan besar semoga penularan Covid-19 ini berlalu segera. Katanya, lama berkurung di rumah juga, minda boleh tepu.

 

AZLEE anggap cabaran besar pada kemunculan semula dalam lakonan kini.
AZLEE anggap cabaran besar pada kemunculan semula dalam lakonan kini.

Ditanya mengenai masalah pendapatan, Azlee berkata, seperti orang lain dirinya juga terjejas. Tapi, katanya, dia masih boleh bernafas kerana aktif dengan bisnes menjual jamu untuk kesihatan lelaki dan wanita secara atas talian (online).

“Sekarang ini, saya tak nafikan perlu bergantung hidup dengan wang simpanan selain fokus pada bisnes produk jamu yang diusahakan ini. Mujur juga saya sudah mula berniaga sejak tahun lalu.

“Saya juga sebenarnya lebih dua bulan tidak bekerja akibat penggambaran drama tak dibenarkan. Dua minggu sebelum PKP 3.0 lagi segala aktiviti penggambaran drama lakonan saya iaitu Saya Tunggu Awak diberhentikan kerana salah seorang pelakon, Puteri Sarah disahkan positif Covid-19.

“Jadi, kali ini betul-betul saya rasa agak lama duduk di rumah. Rindu untuk kerja memang tak boleh nak kata apa, sebab dalam hati membara-bara. Namun, apakan daya PKPD pula.

“Apa yang pasti, saya memang tak sangka kes jangkitan dicatat setiap hari meningkat sampai sekarang dan kita semua berterusan dikurung. Bagaimanapun, saya ambil positif saja dan tak mahu tuding salah kepada sesiapa,” katanya.

Kata pelakon drama Seadanya Aku dan Rahimah Tanpa Rahim ini lagi, dia kini menunggu dengan sabar kebenaran untuk aktif penggambaran semula. Katanya, dia ada tertangguh panggambaran drama perlu disiapkan.

“Selagi aktiviti penggambaran drama yang saya jalani tertangguh, memang tak berani nak ambil tawaran baharu kerana enggan memberi kesusahan kepada pihak produksi nanti kerana komitmen,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat