Majalah 3 selami cabaran pasukan barisan hadapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberi ujian besar dalam kehidupan. Saban hari, pelbagai rintihan yang didengar dalam situasi yang getir dan mencabar ini.

Lalu, TV3 mengambil pendekatan menyalurkan maklumat terkini, sahih dan menyajikan perkongsian ilmiah daripada tokoh agama, pakar perubatan dan pakar motivasi. Ia sekali gus memberikan gambaran dan penjelasan bagi membantu penonton membuat pilihan yang tepat.

TV3 menyajikan topik berkait rapat dengan pandemik menerusi empat program, Tanyalah Ustaz, Zulhijjah Menggamit Rindu, Helo Doktor dan Majalah 3, sejak kelmarin.

Program Majalah 3 secara eksklusif membuat liputan mengenai warga Kementerian Kesihatan (KKM) yang berjuang menangani penularan pandemik COVID-19.

Diterajui Penerbit Eksekutif, Gan Bock Khim bersama wartawan, Nor Izzati Lockman dan Nur Wanah Kiramli, liputan Majalah 3 kali ini lebih ke arah menyelami tugas dan cabaran pasukan skuad mobil KKM di perkampungan Orang Asli Raub, Pahang, baru-baru ini.

Kru Majalah 3 juga merakam kemudahan Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pandu lalu yang pertama diadakan di dunia.

Elemen lain termasuklah kisah petugas dapur dalam penyediaan makanan pesakit COVID-19 di wad zon merah, Hospital Ampang. Majalah 3 edisi eksklusif ini bersiaran malam ini, jam 9 malam.

Selain itu, penonton dibawa melihat lebih dekat peranan petugas barisan hadapan di Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC), iaitu ‘nadi utama’ penyelarasan dan pengumpulan statistik kebangsaan berkaitan perkembangan pandemik.

Sementara itu, program Zulhijjah Menggamit Rindu bersiaran sejak semalam. Ia disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu, jam 6 petang dan manakala setiap Ahad, jam 4 petang.

Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar Islam dan sentiasa dinantikan terutama bagi mereka yang dipanggil sebagai tetamu Allah mengerjakan ibadah Haji.

Bulan ini juga umat Islam meraikan Hari Raya Haji. Namun, dalam situasi pandemik yang membimbangkan seluruh dunia, ramai terhalang mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Untuk mengurangkan kerinduan, program dokumentari 12 episod dibawakan Tabung Haji bertujuan mengubat kerinduan jemaah kepada tanah suci melalui visual arkib Tabung Haji terutamanya menjelang Hari Tasyrik.

Bagi program Hello Doktor mengangkat tema kesihatan mental. Masyarakat amat terkesan dan tertekan dengan ‘kerakusan’ pandemik, sejak akhir ini. Setiap perubahan berlaku menyebabkan seseorang mengalami kebimbangan dan kemurungan.

Menangani isu masalah mental bermula dengan mengetahui punca, tahap dan mencari bantuan sokongan amatlah penting di kala pandemik.

Namun, setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian! Program Helo Doktor mengundang Penyelaras Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS), Hospital Selayang, Dr Muhammad Haniff Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Rusni A Ghani untuk membincangkan isu ini.

Terdahalu, program Tanyalah Ustaz mengangkat tema jangan mengalah. Setiap kesukaran pasti diiringi dengan kemudahan bersiaran Sabtu lalu.

Ada individu alami kemurungan dan tertekan kerana diberhentikan kerja, sedih, putus asa, buntu, tekanan mental dan terasa hidup ini hancur, lantas membawa ke arah membunuh diri.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat