Cinta ilahi hati tenang

- Advertisement -

KEWUJUDAN pandemik Covid-19 membuka mata dan hati kita semua untuk melihat pelbagai perkara yang berlaku dalam perspektif berbeza.

Dari satu sudut, Covid-19 benar-benar mengubah kehidupan kita daripada rutin terbiasa, kepada normal baharu.

Bagi kelompok individu yang lain pula, kehadiran wabak pembunuh ini menjadi dugaan besar menyebabkan ramai yang kehilangan nyawa serta anggota keluarga.

Bahkan, ramai juga yang kehilangan punca pendapatan kerana aktiviti harian tidak lagi boleh dilakukan seperti sebelum ini.

Bagi penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, situasi yang berlaku sekarang benar-benar mengubah kehidupan, sekali gus hatinya kini lebih dekat dengan Yang Maha Esa.

“Saya reda dan sabar dengan apa yang berlaku. Untuk karier, sama seperti orang lain, saya juga tak dapat meneruskan kerja seni. Namun, Allah buka mata saya untuk melihat dari perspektif berbeza.

“Dulu, Allah dah bagi macam-macam. Kebahagiaan, nikmat peminat, sahabat dan banyak lagi. Tapi, sebagai manusia, saya selalu terlepas pandang,” katanya.

Berkongsi mengenai penghijrahannya, Ippo mula mendalami ilmu agama sejak lebih 10 tahun lalu.

“Saya memang belajar agama dan pernah belajar di sekolah tahfiz di sebuah kolej tempatan. Walaupun tak menamatkan pengajian saya, ada ilmu dan iktibar yang saya belajar.

“Sayangnya, saya tak gunakan ilmu yang saya ada. Saya malu dengan diri sendiri, bila saya fikir semula mengenai apa yang Allah pernah beri kepada saya.

“Allah bagi nafas, makanan, ibu bapa, dapat isteri dan anak-anak, tapi adakah kita bersyukur? Kita tak patut melupakan Tuhan sebagaimana Dia sentiasa ada dengan kita,” katanya.

Tambah Ippo, mengingati kematian juga membuatkannya ingin kembali kepada jalan Allah.

“Bila tengok seorang demi seorang individu rapat dan dikenali di sekeliling saya dijemput kembali ke Rahmatullah, tak mustahil yang saya pun boleh meninggal dunia pada bila-bila masa.

“Sekarang, saya nak cari dan kumpul bekalan sebab bila dah terlambat, dah tak boleh buat apa-apa.

“Dekatkan diri kita kepada-Nya serta mohon doa daripada ibu bapa. Sebabnya, kita sendiri adalah hamba-Nya yang hina,” katanya.

Pernah diduga dengan pelbagai penyakit satu ketika dulu membuatkan Ippo kini lebih yakin, semuanya datang daripada Allah.

“Saya harapkan doa semua supaya saya menjadi orang yang soleh. Banyak dosa saya dulu. Saya juga selalu sakit-sakit dulu seperti gastrik, pening dan sakit dada.

“Sampai satu tahap, doktor pun tak tahu nak jelaskan mengenai keadaan kesihatan saya. Bila okay, tiga bulan kemudian, saya akan sakit lagi.

“Jadi, bila dah banyak bagi peluang kepada hospital untuk mengubati, saya bertemu dengan ustaz.

“Mereka minta supaya saya kembali kepada Allah kerana Allah turunkan al-Quran sebagai penawar. Bukan sekadar penawar rohani, tetapi juga jasmani.

“Pokok pangkalnya, sama ada kita yakin atau pun tidak,” katanya.

Ditanya sama ada penghijrahan itu akan mengubah corak karier seni serta karya penghasilannya, Ippo kini nekad untuk menghasilkan karya lagu berkonsepkan ketuhanan.

“Sebelum ini, kebanyakan karya saya berkonsepkan cinta dan dunia. Yang paling baru ada dua lagu yang memang dah disiapkan sebelum ini dan dihantar untuk rakaman ialah lagu cinta.

“Tapi, selepas ini saya hanya akan hasilkan karya bercorak ketuhanan dan ada mesej yang mendekatkan pendengar dengan Allah,” katanya.

Terbaharu, Ippo dan isterinya, Fara Roslan bakal menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinan mereka apabila Fara kini sudah tiga bulan mengandung.

“Dua tahun perkahwinan kami dikurniakan dengan pelbagai rezeki. Saya terima anugerah dan tanggungjawab yang Allah beri ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat