Hakim Tolak Permohonan Guang Eng, Perbicaraan Didengar Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu, akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini, menolak permohonan Guan Eng supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya berkata, sebarang persoalan undang-undang boleh ditangani dan diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

“Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kelayakan undang-undang dan sangat berpengalaman untuk membicarakan kes terhadap pemohon.

“Hakim Mahkamah Sesyen juga mempunyai kebolehan dan mampu menangani sebarang persoalan undang-undang yang berbangkit.

“Mahkamah mendapati pemohon gagal mematuhi Seksyen 417(1)(d) Kanun Acara Jenayah. Sehubungan itu, notis pemohon ditolak,” katanya.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memohon mahkamah membenarkan penangguhan kes di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata pihaknya sudah menyusun saksi untuk perbicaraan pada minggu ini.

Mahkamah kemudian menolak permohonan pengangguhan prosiding kes di Mahkamah Sesyen.

Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan didengar esok.

Sebelum ini, Guan Eng memfailkan permohonan supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Gobind Singh Deo & Co.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat