Covid-19: Hishammuddin Tekad Tambah Baik Keupayaan Infrustruktur Kesihatan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata beliau akan mempastikan keupayaan infrustruktur kesihatan dan meningkatkan kadar vaksinasi disetiap peringkat dalam mempastikan pandemik Covid-19 berakhir dengan segera.

Dalam perbincangan tersebut, fokus juga akan diberikan berkaitan memperluaskan bantuan kebajikan, menambahbaik formulasi SOP serta memastikan koordinasi dan tindakan bersepadu di setiap peringkat termasuk daripada sudut logistik, ujar Hishammuddin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan berbincang secara menyeluruh berkaitan situasi  pandemik Covid-19 bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Turut bertemu Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob – kami bincang secara menyeluruh tentang banyak perkara terutama berkaitan situasi pandemik #COVID19.

“Fokus utama adalah untuk menambahbaik keupayaan infrastruktur kesihatan, meningkatkan kadar vaksinasi, memperluaskan bantuan kebajikan, menambahbaik formulasi SOP serta memastikan koordinasi dan tindakan bersepadu di setiap peringkat termasuk daripada sudut logistik.” kata Hishammuddin di Facebooknya sebentar tadi.

Disamping itu kata Hishammuddin lagi, bagi memastikan perancangan-perancangan ini dapat segera dilaksanakan, perbincangannya bersama Ismail Sabri ini akan di bawa ke Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang ini untuk diteliti bersama oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, beliau senada dengan Ismail Sabri bahawa lantikan mereka ke jawatan baharu adalah tanggungjawab yang sangat besar.

“Saya dan YAB TPM senada, lantikan ke jawatan baharu hadir bersama tanggungjawab yang besar khususnya untuk membantu Perdana Menteri serta Kerajaan memerangi #COVID19.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat