Ranhill SAJ hantar bantuan air ke Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ranhill SAJ telah menghantar empat buah lori tangki ke Pahang.

Penghantaran itu dibuat pada 10 Julai 2021 lalu untuk membantu pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) dalam menghadapi gangguan bekalan air berskala besar disebabkan berlakunya pencemaran sumber air mentah di Sungai Pukin, Pahang.

Tiga hari lalu dilaporkan sisa rawatan kelapa sawit dari sebuah kilang di Ulu Keratong, dipercayai menjadi punca kepada pencemaran di Sungai Pukin.

Pegawai Daerah Rompin Ahmad Nasim Mohd Sidek berkata, kejadian berpunca apabila salah satu tebing kolam rawatan sisa sawit disedari runtuh pada Selasa lalu, menyebabkan sisa itu mengalir ke alur sungai.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengarahkan pihak kilang menghentikan operasi serta-merta, malah tindakan membaik pulih tebing itu dilakukan pada hari sama.

“Kita menerima aduan sungai berkenaan mula berbau sebelum JAS dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) melakukan pemeriksaan dan mendapati ia berpunca daripada kilang berkenaan.

“Pencemaran itu dimaklumkan berlaku kira-kira 20 kilometer (km), bagaimanapun keadaan mula baik apabila kualiti air hampir 5 km dari alur sungai kembali normal,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat