70 peratus jemaah haji tahun ini adalah ekspatriat

- Advertisement -

Riyadh: Proses pendaftaran ekspatriat yang ingin menunaikan haji tahun ini berakhir Jumaat lalu.

Pihak berkuasa mengumumkan 70 peratus jemaah haji tahun ini adalah penduduk ekspatriat manakala 30 peratus lagi rakyat Arab Saudi.

Saudigazzette melaporkan, jumlah maksimum jemaah yang boleh menunaikan haji ditetapkan 10,000 orang untuk memastikan ibadah haji tahun ini, selamat.

Pendaftaran ekspatriat yang ingin menunaikan haji tahun ini bermula pada 28 Julai dan diberi tempoh lima hari untuk mendaftar secara dalam talian.

Pemohon tidak boleh menghidap penyakit kronik dan wajib negatif ujian saringan Covid-19 yang membuktikan mereka bebas daripada pandemik itu.

Malah, keutamaan diberikan kepada pemohon yang kali pertama menunaikan haji dan berusia antara 20 hingga 50 tahun serta menandatangani janji untuk mematuhi tempoh kuarantin sebelum dan selesai menunaikan ibadah haji.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengatakan kriteria kesihatan akan menentukan pemilihan mereka yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Sebanyak 30 peratus jemaah Arab Saudi terhad kepada anggota kesihatan Arab Saudi dan pegawai keselamatan yang pulih dari Covid-19.

Mereka akan dipilih daripada pangkalan data pesakit yang pulih sebagai pengiktirafan peranan mereka ketika memerangi virus dengan syarat mereka memenuhi kriteria kesihatan yang berkaitan.

Bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan ibadah haji tahun ini dilaksanakan dengan jumlah sangat terhad dan khas kepada rakyat negara itu dan warga asing yang sudah tinggal lama di negara itu.

Setiap tahun lebih dua juta umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu.

Agensi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat