Jadi masjid semula

- Advertisement -

Istanbul: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia, satu daripada keajaiban seni bina dunia, akan dibuka semula kepada umat Islam sebagai masjid.

Bagaimanapun, pengisytiharan itu yang dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki menarik balik status monumen berkenaan sebagai muzium, menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian dan negara jiran, Greece.

Dalam ucapannya, Erdogan berkata, solat pertama di Hagia Sophia akan berlangsung pada 24 Julai.

“Dengan izin Tuhan, kita akan bersolat Jumaat bersama pada 24 Julai dan membuka semula Hagia Sophia kepada penganut Muslim.

“Seperti masjid yang lain, pintu Hagia Sophia juga akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing, Muslim dan bukan Muslim,” katanya yang memberi jaminan itu seperti dilapor AFP.

Erdogan dalam pada itu, mendesak supaya semua pihak menghormati keputusan Turki dan menegaskan isu berhubung apa fungsi Hagia Sophia adalah berkait kedaulatan negara terbabit.

Tapak bersejarah warisan dunia diiktiraf Unesco itu, tarikan pelancong seluruh dunia dan pertama kali dibina sebagai Katedral Kristian pada empayar Byzantine sebelum ditukar kepada masjid selepas penaklukan Uthmaniah pada 1453 serta muzium pada 1934.

Tahun lalu, 3.8 juta pelancong melawat monumen itu.

Pembatalan keputusan kabinet Turki pada 1934 yang menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium, diputuskan Majlis Negara iaitu mahkamah pentadbiran tertinggi Turki, selepas turut mengambil kira monumen itu yang didaftarkan sebagai masjid dalam daftar hartanahnya.

Keputusan berkenaan menimbulkan ketegangan bukan hanya dengan Barat dan Greece, bahkan Russia yang mana Erdogan dilihat menjalin kerjasama erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Greece dilapor mengutuk tindakan Turki yang majoriti penduduknya Islam sebagai satu provokasi, sementara Amerika Syarikat (AS) menyatakan kekecewaannya.

Gereja Ortodok Russia pula menyifatkan rayuan penganut Kristian supaya perkara itu ditangani dengan berhati-hati telah diabaikan.

Dalam pada itu, ratusan penduduk sambil memegang bendera Turki berkumpul di luar Hagia Sophia dan melaung ‘rantai dipatahkan, Hagia Sophia dibuka semula.’

Polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar, sementara penganut Islam dilihat menunaikan solat di luar bangunan itu sejurus pengumuman status terkini monumen berkenaan.

HM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat