Kedai Gunting Naik Harga RM 5 Tampung Kos Tambahan

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KUANTAN – Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut kembali beroperasi bermula semalam ternyata memberi kegembiraan kepada tukang gunting setelah hampir tiga bulan terputus pendapatan.

Bagaimanapun, operasi perkhidmatan itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berbanding sektor lain bagi memastikan keselamatan pelanggan serta mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Oleh demikian, rata- rata tukang gunting di daerah ini berharap pelanggan dapat menerima kenaikan harga perkhidmatan susulan caj tambahan RM5 dikenakan setiap pelanggan bagi penyediaan peralatan SOP berkenaan.

Pengasas Gunteng Barber Shop, Mohd Hafiz Othman, 41 berkata, caj tersebut bagi menampung penyediaan peralatan SOP seperti membeli cecair pembasmi kuman, topeng muka, apron pakai buang dan sarung tangan bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, peralatan itu akan digunakan hanya sekali untuk setiap pelanggan bagi mengelak sebarang jangkitan Covid-19.

“Kita bukan saja- saja mahu menaikkan caj tetapi terpaksa demi keselamatan pelanggan. Bukan sahaja pelanggan yang memakai apron pakai buang, tukang gunting juga terpaksa tukar apron pakai buang dan sarung tangan untuk setiap pelanggan.

“Jadi, peralatan yang digunakan itu terpaksa dibeli dengan pembekal bagi tujuan keselamatan dan kita berharap

pelanggan faham caj tambahan terpaksa dikenakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya di Jalan Tun Ismail hari ini.

Beliau yang sudah enam tahun berkecimpung dalam perniagaan ini berkata, semua peralatan seperti gunting dan pisau cukur perlu dinyahkuman setiap kali bertukar pelanggan.

“Kami terpaksa menggunakan cecair pembasmi kuman yang berkualiti bagi memastikan peralatan tidak mudah berkarat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz berkata, pihaknya juga menekankan penjarakkan sosial semasa beroperasi di mana maksimum hanya empat pelanggan dalam satu-satu masa.

“Semua pekerja sudah diberikan taklimat secara bagi memastikan mereka betul-betul memahami dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Abu Hamzah, 36 berkata, beliau tidak mahu tergesa-gesa membuka kedai gunting rambut sebelum persiapan untuk peralatan siap sepenuhnya.

Malah katanya, SOP ditekankan kerajaan juga masih belum difahami dengan jelas dan mahu meneliti terlebih dahulu sebelum kedai beroperasi semula

“Jadi saya mahu lihat dahulu kaedah keselamatan dan kebersihan yang diamalkan oleh kedai gunting rambut yang lain.

“Selain itu, saya kena kaji dulu SOP untuk elak jangkitan sebab kalau tidak ikut bukan sahaja kena saman tetapi berisiko berlakunya penyebaran Covid-19,” katanya – Sinar Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...