Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa penduduk Tebing Gaza sejak beberapa hari lalu.

Sayap Bersenjata Hamas, Briged Qassam mengaku bertanggungjawab sebagai membalas serangan udara yang dilancarkan oleh Israel sebelumnya.

“Kami sekarang menunaikan janji kami,” kata sayap bersenjata Hamas dalam satu kenyataan. “Briged Qassam melancarkan serangan roket terbesar mereka ke Tel Aviv dan pinggir bandarnya, dengan 130 roket, sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas sebuah bangunan Pangspuri di Semenanjung Gaza”.

Tentera Israel semalam melancarkan serangan udara yang meruntuhkan sebuah blok kediaman 13 tingkat di Semenanjung Gaza yang dikatakan menempatkan pejabat kepemimpinan politik Hamas. Tenaga elektrik di kawasan sekitar padam, dan penduduk menggunakan lampu suluh.

Rakaman video menunjukkan tiga kepulan asap hitam tebal yang naik dari menara Gaza, tingkat atasnya masih utuh ketika jatuh.

Media antarabangsa melaporkan, Israel telah mengirim 80 jet untuk mengebom Gaza dan menggerakkan kereta kebal di perbatasan ketika rentetan roket melanda bandar-bandar Israel. Konflik ini setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang di wilayah Palestin dan dua di Israel.

Sementara itu, Jurucakap polis Israel Mickey Rosenfeld memberitahu The Independent bahawa lebih daripada 80 roket telah ditembakkan ke arah bandar dari Gaza.

Paramedik Israel mengesahkan bahawa dua wanita terbunuh dalam serangan roket di selatan Israel itu. Kedua-dua mangsa dilaporkan mati setelah satu roket melanda bangunan kediaman dan dua mendarat di kawasan terbuka. Orang ketiga dianggap berada dalam keadaan kritikal.

Manakala The Times of Israel melaporkan serangan roket telah mengenai pinggiran Tel Aviv di Holon dan Givatayim, mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang, beberapa di antaranya parah.

“Salah satu roket jatuh di sebelah sebuah bas di Holon, mencederakan empat orang. Di Givatayim, serpihan roket yang dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome mengenai sebuah rumah, mencederakan empat orang di dalamnya.”

Palestin pula berduka dengan pengebumian pertama membabitkan 26 orang termasuk sembilan kanak-kanak yang terbunuh akibat serangan Israel ke atas Gaza sejak beberapa hari lalu.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat