Tiada siapa berani cabar, Anwar menang tanpa bertanding

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menang tanpa bertanding dalam Pemilihan PKR sesi 2022-2025 yang berlangsung Mei ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengekalan Anwar sebagai nakhoda parti adalah penghormatan besar daripada akar umbi.

“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, Saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi Keadilan.

“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada Saudara Anwar Ibrahim,” ucap Saifuddin.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula menyebut bahawa Anwar memang layak untuk jawatan Presiden PKR dan tiada yang berani mencabar.

“Anda memang layak dan tiada yang berani untuk mencabar.

“Parti ini masih memerlukan kepimpinan dari pengasas perjuangan Reformasi itu sendiri.

“Selamat kembali berkhidmat Tuan Presiden,” kata beliau.

Semalam, pejabat Anwar dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa dia akan mempertahankan kerusi presiden PKR yang disandangnya dalam pemilihan parti.

Pemilihan PKR pada Mei ini akan melibatkan kira-kira 1.2 juta anggotanya dengan pengundian dijalankan secara biasa dan dalam talian.

Pemilihan itu adalah yang pertama selepas penjajaran semula parti politik melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan jatuhnya PKR dan Pakatan Harapan (PH) daripada tampuk kekuasaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat