Keluarga rayu rawatan untuk Yasin Sulaiman

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Abang penyanyi, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 50, memaklumkan pihak keluarga dan peguam kini sedang mencuba untuk mendapatkan rawatan perubatan buat adiknya yang menghidap bipolar serius sejak 2009.

Zain berkata, hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya sebelum ini menyerahkan urusan rawatan perubatan adiknya yang kini berada di Penjara Sungai Buloh, kepada pihak penjara.

“Kami sedang berurusan dengan pihak penjara untuk memastikan dia mendapat rawatan sewajarnya. Itu sangat penting kerana dia seorang pesakit bipolar.

“Rekod perubatannya menyaksikan Yasin dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) pertama kali pada 2009 dan sejak itu dia berada di bawah pengawasan doktor pakar.

“Dia memang ambil ubat berterusan. Episod paling teruk dilaluinya ialah pada 2009, 2013 dan 2018. Akhir tahun lalu dan awal tahun ini, dia dapat merasakan mungkin episod kronik itu akan berlaku semula.

“Itu yang dia sebut dalam mahkamah dia takut akan ‘crack’ lagi sekali. Akhir-akhir ini dia mengalami bipolar psikosis iaitu satu keadaan di mana pesakit tak dapat membezakan alam realiti dan khayalan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Yasin mengalami halusinasi dan delusi sering berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta untuk mengambil ubat penyakitnya itu.

“Dia dapat ubat tambahan tapi walaupun diberi ubat tambahan, Yasin masih alami psikosis. Itu yang buat kami risau. Bila dia dalam penjara, kami takut faktor-faktor ini akan ‘trigger’ kepadanya.

“Bipolar ini sama ada akan buat Yasin jadi ‘maniac’ ataupun tertekan. Jadi kami nak pastikan dia selalu stabil. Itulah keadaan dia sekarang.

“Peguam, Yusmadi Yusoff dah dapat melawat dia minggu lalu dan akan berbuat demikian lagi minggu ini serta akan ‘follow up’ berkenaan rawatan dia,” katanya.

Zain percaya adiknya yang didakwa atas pertuduhan mengedar dan menanam pokok ganja menerima layanan yang baik dari jabatan penjara.

“Kami belum berkesempatan jumpa dia dan minta Yusmadi aturkan dengan penjara untuk lawat dia dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat