Halim Othman bangga kejayaan Myra atas usaha sendiri

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Ini adalah masanya yang tepat. Sebelum ini saya tak mahu dia terikut sekali jadi selebriti. Saya mahu dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

Demikian kata pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, berhubung keterbukaan hatinya untuk membenarkan anak tunggal, Myra Natasya, 27, mendedahkan status sebenar pertalian di antara mereka.

Halim berkata, sekarang anak perempuan kesayangannya itu juga sudah matang dan pada masa sama semakin rancak membina nama sebagai seorang selebriti di atas usahanya sendiri.

“Jadi, tak mengapalah untuk dia bercakap tentang kami sekarang. Lagipun, selama ini saya cukup berpegang dengan prinsip diri, seboleh-bolehnya saya tidak gemar kisah peribadi diceritakan kepada umum.

“Terutamanya, apabila ia juga membabitkan ‘privacy’ orang lain. Myra pula membesar dalam jagaan ibunya. Jadi, saya harus hormati ‘privacy’ ibu kepada anak saya juga,” katanya ekslusif kepada Harian Metro.

Menurut bekas pengacara Roda Impian itu, dia juga berasa adalah lebih baik tidak mendedahkan anaknya kepada dunia seni ketika usia muda.

Katanya, dia memang inginkan Myra fokus kepada pelajaran tanpa sebarang gangguan.

“Apapun, saya sangat bangga dengannya. Dia melakukannya 100 peratus sendiri! Saya cuma ada berikan tip juga pada dia mengenai uji bakat dan pengacaraan. Bagaimanapun, perkara utama saya ingatkan dia jaga kesihatan.

“Mungkin dalam beberapa tahun ini banyak tawaran yang datang untuk dia majukan diri. Tapi, saya ingatkan dia kena tahu yang ada masa kerja keras, ada masa ‘slow down’ termasuk belajar agar dia benar-benar boleh menikmati apa yang dilakukannya.

“Harapan saya kepada Myra, semoga dia nikmati perjalanan ini dengan merendah diri, sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kualiti persembahan, serta tidak lupa membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap minggu dan kurangkan gosip,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan bekas peserta Dewi Remaja 2019, Yusmyra Natasya atau Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republik Gombak di TV3 adalah anak tunggal Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat