Erra Fazira seronok jadi DJ radio

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira mengaku teruja apabila diberi peluang menjadi penyampai radio selama sebulan di stesen radio Sinar FM baru-baru ini.

Erra berkata, pengalaman mengendalikan segmen Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah adalah satu momen berharga meskipun di awal kemunculan dia mengalami masalah kesihatan.

“Seminggu sebelum ke udara perasaan teruja itu sangat membuak-buak. Saya kerap mendengar radio untuk faham cara bekerja dan cuba belajar selok belok kerana saya bukanlah seorang yang banyak bercakap.

“Perasaan gementar memang ada. Malah ketika mendapat jemputan ini pun saya selalu bertanya kepada diri mampu ke saya buat. Tapi Alhamdulillah apabila diberi kepercayaan ini saya cuba menggalasnya dengan sehabis baik.

“Sebenarnya bergelar penyampai radio memang kerjaya yang menyeronokkan walaupun pada awalnya saya demam kerana perlu bangun tidur seawal jam empat pagi.

“Walaupun demam saya tetap gagahkan diri kerana teruja untuk bangun pagi dan berada di konti pada jam enam pagi. Malah ketika bekerja pun tak rasa lama, masa berlalu dengan sangat pantas,” katanya.

Menurut Erra, meskipun kerjaya penyampai radio adalah salah satu kerjaya impiannya, namun dia belum terbuka hati untuk meneruskan kerjaya itu dalam tempoh yang panjang atau sepenuh masa.

“Kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi. Ibaratnya saya perlu ke pejabat hari-hari sedangkan saya tidak pernah mempunyai pengalaman kerja yang terikat secara total.

“Selalunya kalau penggambaran saya hanya diperlukan dalam tempoh dua hingga tiga bulan paling lama. Jadi kalau ada tawaran untuk jangka masa yang panjang saya tak berani nak cakap.

“Saya sudah menerima lamaran sebagai penyampai radio tapi ia bukan untuk tawaran tetap sebaliknya saya bersedia jika diminta untuk menjadi pengganti dalam tempoh seketika waktu.

“Tidak dinafikan kerjaya ini sememangnya antara ‘wish list’ saya. Kalau zaman sekolah dulu radio ibarat peneman kita. Jadi selalulah berangan walaupun saya tahu kerjaya ini tak mudah. Bila diberi peluang ini saya cuba cabar diri dan menjadi diri sendiri,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat