Tindakan Kami Keluar PAS Tak Boleh Disamakan Dengan Langkah Sheraton – Salahuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan pemimpin Pas diketuai Mohamad Sabu bertindak keluar parti itu pada tahun 2015 tidak boleh disamakan dengan Langkah Sheraton yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan, ketika itu, mereka keluar Pas tidak menjatuhkan mana-mana kerajaan baik negeri mahu pun pusat.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku dalam Langkah Sheraton pada 2020 menyaksikan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat dan beberapa kerajaan negeri.

“Mengenai definisi, kita boleh berbincang, yang dikatakan tadi oleh Ahli Parlimen Kuala Krai dari Pas, kami ini dari dulu melompat parti… kita tidak lompat parti hingga tumbangnya kerajaan, itu ada perbezaan yang jelas,

“Kita tidak seperti Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang menyatakan dia melompat parti dan dipecat kerana melawan kes 1MDB pada waktu itu tetapi pada masa sama bersetuju dengan Langkah Sheraton dan mengkhianati kerajaan PH untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ini kita tidak boleh terima,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Dewan Rakyat menunjukkan keberanian untuk membawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti itu digubal.

Katanya, rakyat tidak boleh lagi melihat tingkah laku dan perangai orang politik yang membosankan sehingga berlaku jenayah demokrasi.

Menurut beliau, mandat yang diberikan oleh rakyat dijual beli begitu mudah sehingga kemudian meruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat daripada rakyat.

“Ini yang mesti kita hapuskan. Kita mesti meletakkan full stop dengan kejayaan menggubal akta ini,” katanya.

Salahuddin menyatakan apabila berbincang sesuatu undang undang, tidak mungkin ia mencapai kesempurnaan pada hari pertama.

Katanya, apa yang dibincang dan dibahaskan hari ini kemungkinan akan melalui beberapa fasa lagi tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya membawa tanggungjawab itu untuk meminda akta berkenaan demi kebaikan masa depan.

“Inilah yang kita buktikan, kita tidak main-main. Kita tidak menipu rakyat dan kita tidak sekali-kali menggunakan MoU politik yang dicapai dengan kerajaan untuk mencapai habuan peribadi.

“Tetapi kemuncak kepada persamaan MoU itu adalah wujudnya Akta Lompat Parti ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat