Bersatu punca utama RUU Anti Lompat Parti diusulkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Bersatu dan kepimpinannya didakwa ‘terpukul’ dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti,” kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO malah menegaskan Bersatu adalah punca utama RUU Anti Lompat Parti tersebut diusulkan untuk dijadikan undang-undang.

“Apabila RUU anti lompat dibincangkan oleh Jemaah Menteri, kedengaran bahawa Menteri Bersatu adalah yang paling lantang mengkritik cadangan kerajaan. Kononnya demi sebuah ketelitian dan penambahbaikan.

“Tetapi semua orang tahu bahawa cerita sebenar ialah kerana mereka rasa terpukul dengan RUU tersebut. Merekalah punca utama keperluan RUU tersebut di usulkan untuk dijadikan undang-undang,” kata Khaled pada Selasa.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga menyebut daripada 39 Ahli Parlimen yang melompat, 26 telah menyertai Bersatu.

Bahkan katanya kumpulan ‘lompat’ itu juga dilantik menjadi menteri dan mengurus negara ini.

Ujar Khaled Presiden Bersatu kerap kali mengulangi kenyataan bahawa partinya ditubuhkan untuk menggantikan UMNO.

“Cita-cita Bersatu, pada beliau ialah memberikan orang Melayu sebuah parti yang bebas dari rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.

“Bagi beliau, Bersatu adalah alternatif yang lebih baik, dipandu nilai dan mempraktikan kepimpinan bermoral,” ulas beliau.

Namun hingga saat ini, Khaled berkata, kita tidak melihat kelainan yang ditawarkan Bersatu.

“Tiada ideologi yang tuntas. Tiada rencana yang luar biasa untuk bangsa dan negara. Dan tiada kepimpinan yang mempersonakan baik dari segi ketokohan, idea mahupun ‘conviction’.

“Maka demikianlah murninya cita-cita penubuhan Bersatu. Yang ditawarkan kepada orang Melayu bukannya nilai dan politik moral yang lebih bermutu dan baik, tetapi pemimpin yang khianat pada mandat pemilih dan parti mereka, diangkat memimpin negara dan bangsa,” bidasnya

Bahkan kata Khaled lagi, rakyat bingung entah apa yang bermoral tentang Bersatu ini.

“Perhatikan juga lapisan kedua pemimpin Bersatu. Adakah orang Melayu akan berasa yakin dengan kualiti, pemikiran dan ‘conviction’ mereka? Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan Kementerian mereka, menyantuni rakyat dan pelbagai dasar yang mereka perkenalkan.

“Semuanya menjurus kepada ‘a serious neglect of duty dan failed leadership’,” dakwa Khaled.

Dalam pada itu, kata beliau mengungkap idea besar dan cita-cita besar itu sangat mudah.

“Akhirnya idea dengan kerja nyata itu adalah sangat sukar untuk diterjemahkan.

“Bersatu ialah projek politik yang gagal dan tidak akan membawa bangsa Melayu ke mana-mana untuk selama-lamanya.

“Sebab utama kenapa ia gagal adalah kerana Presiden Bersatu tidak mempunyai ‘conviction’ pada apa yang beliau uar-urkan. Akhirnya, secara nyata, beliau hanya ingin kuasa, bukan kesanggupan untuk perjuangan yang panjang dan suci untuk orang Melayu dan tanah air,” kata Khaled.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat