Bakat Adik Nur Iman Dapat Perhatian MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Kerana bakat dan telah berjaya menghasilkan buku cerita bergambar kanak-kanak yang berjudul “Naga Tasik Chini’, adik Nur Iman bin Mohd Azli Lee, 13, telah berjaya menarik perhatian Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Adik Nur Iman telah telah mendapat sumbangan daripada Wan Rosdy berupa komputer riba yang berspesifikasi tinggi dan paparan monitor lukisan untuk beliau mengembangkan lagi bakatnya.

Melalui catatan Facebook Wan Rosdy berkata, Nur Iman berjaya menarik perhatiannya atas bakat besarnya dalam bidang seni lukis.

“Dalam kalangan 37 penerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang pagi ini, seorang pelajar berusia 13 tahun iaitu Nur Iman bin Mohd Azli Lee berjaya menarik perhatian saya atas bakat besarnya dalam bidang seni lukis.

“Adik Nur Iman sebelum ini telah berjaya menghasilkan buku cerita bergambar kanak-kanak berjudul ‘Naga Tasik Chini’ yang diterbitkan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Rusia. Beliau juga turut menghasilkan ilustrasi untuk sebuah buku puisi bergambar bertajuk ‘Keluarga Semut’.” katanya.

Dalam pada itu, ujar Wan Rosdy lagi, Kerajaan Negeri melalui PAHANG SKILLS Development Centre (PSDC) turut bersedia menawarkan Kursus Multimedia secara percuma kepada adik Nur Iman dan surat tawaran diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor sebentar tadi.

Apa yang menarik mengenai adik Nur Iman kata Wan Rosdy, dia juga turut menjual hasil lukisannya menerusi karya digital Non-Fungible Token (NFT) di pentas.io dan karya-karya beliau ini mendapat perhatian peminat-peminat NFT. Beliau dikenali melalui projek NFTnya CryptoNaga atas nama pengguna (user name) sebagai Razor.

May be an image of 3 people, people standing and indoor

“Malah, Kerajaan Negeri melalui PAHANG SKILLS Development Centre (PSDC) turut bersedia menawarkan Kursus Multimedia secara percuma kepada adik Nur Iman dan surat tawaran diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor sebentar tadi.

“NFT merupakan token digital yang membolehkan anda menjual dan membeli hak milik aset digital. Contoh NFT adalah seperti lukisan, muzik, animasi, GIF, video, kosmetik dalam permainan video, dan tiket konsert.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada adik Nur Iman kerana dalam usia yang sebegini muda beliau telah menunjukkan kesungguhan dan keazaman untuk mengejar cita-citanya.

“Saya doakan semoga adik Nur Iman berjaya mencapai impiannya itu dan menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain di Negeri Pahang untuk meneroka teknologi dan kemahiran baharu pada masa hadapan seperti NFT dan blockchain ini terutama dalam penghasilan karya-karya digital.” ujar Wan Rosdy. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat