Ismail Sabri Senang Lihat Kesatuan Kerajaan Dan Pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati melihat penyatuan ahli-ahli Parlimen dalam Sidang Khas di Parlimen semalam.

Kata beliau, perbahasan untuk meminda RUU Perlembagaan bagi membolehkan penggubalan RUU Anti Lompat Parti ini adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Blok kerajaan dan pembangkang senada dan harmoni untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi meneliti pindaan perlembagaan yang lebih khusus mengenai lompat parti serta mewujudkan Akta Anti Lompat Parti.

“Undi sebulat suara telah diperolehi dengan sokongan semua ahli Parlimen tanpa mengira parti,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya.

Menurut beliau, Malaysia ke arah kestabilan politik yang lebih matang, kuat dan berkeyakinan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,604FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat