Jika ego masih lagi menebal, berpecahlah bangsa kita selamanya – Akmal selar Sanusi

KUALA LUMPUR – Inisiatif Rumah Bangsa adalah cara untuk Umno menyatupadukan orang Melayu yang banyak terpecah.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh membidas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang mendakwa Rumah Bangsa dicipta untuk menjadikan Umno sebagai ‘abang besar’ semula.

“Tiada langsung kenyataan Rumah Bangsa ni untuk sesiapa menjadi ‘abang besar’,malah kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan penyatuan tanpa syarat lagi kerana kepentingan menyatukan agama, bangsa ini melebihi dari kepentingan individu.

“Rakyat mahukan kuasa Melayu Islam menjadi kuat dan tidak terpecah itu agenda sebenarnya.

“Rupanya yang berpecah ini bukan rakyat, tetapi pemimpin yang masih lagi ego. Jika ego masih lagi menebal, berpecahlah bangsa kita selamanya,” tegas Adun Merlimau itu.

Menurut Akmal, kepentingan agama dan bangsa melebihi kepentingan parti politik.

Terdahulu Sanusi berkata, langkah Umno kembali cuba mendekati parti Melayu ketika ini melalui inisiatif Rumah Bangsa sebagai strategi politik untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, parti itu dilihat hanya mencari sokongan parti Melayu ketika berada dalam keadaan terdesak.

“Pada pandangan saya, itu cubaan Umno untuk berkuasa kembali dan menjadi ‘abang besar’ semula. Itu pandangan saya, pandangan parti saya belum bincang.

“Masa dia (Umno) sesak dia cari orang Melayu, masa dia nak berkuasa dia cari kita. Masa dia seronok bersama DAP jadi kerajaan sekali, itulah Umno,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat