PBBPP tawar perkhidmatan bas ulang-alik percuma Bukit Bendera pada 29 Mac – 2 April ini sempena Aidilfitri

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

GEORGETOWN – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dan Rapid Penang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbesar hati mengumumkan Perkhidmatan Ulang-alik Percuma Bukit Bendera sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

PBBPP dalam kenyataannya memaklumkan perkhidmatan ini merupakan kali ke-7 kepada para pengunjung Bukit Bendera bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitarnya.

“Ia juga menggalakkan inisiatif hijau untuk mengurangkan pelepasan karbon di negeri ini selari dengan Visi Penang2030 untuk mewujudkan ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’.

“Perkhidmatan ini akan beroperasi selama lima hari bermula dari 29 Mac sehingga 2 April ini, bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam dengan kerapan lapan perjalanan setiap hari bagi kedua-dua arah pada setiap 1 jam dan 30 minit.

“Selain itu, bas ulang-alik direka untuk mesra kerusi roda bagi penumpang dengan kebolehcapaian tertentu, ”kata kenyataan itu.

“Penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang-alik di hentian bas 9 KOMTAR yang terletak di Jalan Ria (laluan bawah bersebelahan kiosk Rapid Penang) untuk sampai ke Stesen Bawah Bukit Bendera dan begitu juga sebaliknya.

“Penumpang dapat mengenal pasti bas ulang-alik dengan mudah kerana ia akan ditanda dengan jelas sebagai ‘Penang Hill Free Shuttle Service’.

“Selain itu, tempat pick-up dan drop-off akan menampilkan visual yang berbeza untuk menjadikan perkhidmatan ulang-alik mudah dikenali,”katanya.

“Jadual waktu untuk perkhidmatan ini oleh didapati di laman sesawang rasmi dan platform media sosial PBBPP.

“Sekiranya bas ulang-alik mencapai kapasiti maksimum, pengunjung digalakkan untuk menaiki bas Rapid Penang (Laluan 204) yang beroperasi dari Terminal Bas Weld Quay melalui KOMTAR ke Bukit Bendera pada kadar biasa.

“Perkhidmatan ini beroperasi setiap 35 minit pada waktu puncak dan setiap 45 minit pada waktu luar puncak, ”katanya lagi.

“Dengan jangkaan peningkatan pengunjung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri, inisiatif dan perkhidmatan ini bertujuan untuk menangani cabaran tempat letak kereta yang terhad.

“Selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, perkhidmatan ulang-alik ini bertujuan untuk menambah baik pengalaman pengunjung secara keseluruhan.

“Ia akan mengurangkan masa perjalanan dan bebas tekanan bagi penduduk tempatan dan pengunjung tanpa perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta, ”ujarnya.

“PBBPP menggalakkan pengunjung untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini selari dengan komitmen PBBPP untuk mewujudkan Pulau Pinang yang lebih lestari dan mesra alam,”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat