Akhirnya Najib menang debat Sapura dengan Anwar 3 tahun lepas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, ‘Lim Sian See’ atau nama sebenarnya Eric See To hari ini mengiktiraf kemenangan Datuk Seri Najib dalam debat Sapura dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung tiga tahun lalu.

Sian See mendakwa ini terbukti nasihat bernas dan berasas lawan tin kosong.

Hal ini susulan tiga tahun lalu, dalam debat dengan Najib dengan ketua pembangkang ketika itu Anwar mengkritik cadangan kerajaan untuk ‘bailout’ atau selamatkan Sapura Energy Bhd yang dikelilingi hutang.

Beliau berhujah bahawa sebarang perbincangan mengenai pakej penyelamatan hanya boleh dilakukan selepas audit forensik ke atas Sapura dijalankan bagi menentukan sama ada syarikat itu – yang menerima banyak pelaburan daripada Permodalan Nasional Berhad – telah disalah urus.

Kini setelah bergelar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberikan Sapura Energy talian hayat RM1.1 bilion.

“Selepas tiga tahun, akhirnya terbukti bahawa Najib menang dalam debat Sapura Najib-Anwar. Nasihat bernas dan berasas lawan tin kosong.

“Audit forensik yang dijanjikan tidak berlaku, tetapi kerajaan tetap membantu Sapura dengan pinjaman RM1.1 bilion.

“Seperti yang Najib tegaskan dalam debat, Sapura masih mampu mencatat keuntungan dan memperoleh projek baharu walaupun dibebani hutang tinggi dalam tempoh tiga tahun ini.
Ini kerana permintaan dalam sektor minyak dan gas kekal kukuh, dan Sapura memiliki aset yang sangat sukar diperoleh di peringkat global.

“Namun, semuanya sudah terlambat. Prestasi Sapura tidak dapat berkembang lebih baik kerana kekangan hutang yang tinggi. Akibatnya, mereka terpaksa menjual baki 50% pegangan dalam Sapura-OMV tahun lepas, menyebabkan mereka kehilangan telaga-telaga minyak milik mereka,” katanya dalam catatan di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, Sian See berkata dia yakin bahawa jika Najib masih menjadi Perdana Menteri, Sapura sudah pasti kembali menjadi salah satu syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar di dunia.

“Mereka juga tidak perlu menjual telaga-telaga minyak mereka, sekali gus memberikan manfaat dan pulangan besar kepada pemegang saham utama mereka, iaitu PNB dan negara sebab mendapat kembali satu syarikat bertaraf dunia.

“Najib (cekap, berpandangan jauh) vs Madani (lambat, banyak cakap tapi akhirnya ikut juga cadangan Najib),” bidas Sian See lagi.

Untuk rekod, dalam pemfailan Bursa semalam, Sapura Energy mengumumkan ia telah menerima RM1.1 bilion sebagai pelaburan daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) – syarikat tujuan khas di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

Pelaburan itu akan digunakan secara eksklusif untuk membayar hutang syarikat minyak dan gas itu kepada 2,000 vendornya.

“Vendor Malaysia kami kebanyakannya adalah perusahaan kecil dan sederhana yang telah mengalami kesulitan kewangan yang ketara semasa dan selepas pandemik Covid-19 dan sentiasa menjadi hasrat kami untuk menyelesaikan sepenuhnya hutang tertunggak kepada mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Zamri Jusoh dalam pemfailan Bursa.

“Kami amat berterima kasih kepada MDH kerana menyediakan pembiayaan ini, yang akan membolehkan kami memenuhi komitmen kepada vendor Malaysia kami,” tambahnya.

Walaupun tidak jelas sama ada audit forensik seperti yang didesak oleh Anwar sebelum ini telah dijalankan atau belum, Sapura Energy berkata dalam kenyataannya semalam bahawa syarikat itu sedang menjalankan “proses usaha wajar yang menyeluruh” sebagai sebahagian daripada cadangan pelan penyelarasannya.

Proses itu akan melibatkan pakar bebas yang menjalankan semakan undang-undang dan kewangan, termasuk kawalan dalaman yang komprehensif dan semakan pengurusan risiko.

Sapura Energy mengalami masalah sekitar 2019 apabila ia mula mencatatkan kerugian tahunan.

Pada penghujung Mei 2023 – enam bulan selepas Anwar memegang jawatan – juruaudit luar Ernst & Young menyatakan kebimbangan dengan keupayaan Sapura Energy untuk meneruskan keberlangsungannya.

Bagaimanapun, The Edge pada Mac tahun itu melaporkan bahawa Sapura telah menerima sokongan – yang dispekulasi sebagai syarikat minyak dan gas Timur Tengah – yang akan menyediakan Sapura Energy dengan sokongan kewangan dengan suntikan modal sebanyak RM1.8 bilion.

Bulan lalu, dilaporkan bahawa Sapura Energy memperoleh kelulusan daripada pemiutangnya untuk cadangan skim penstrukturan semula hutang yang telah mendapat kelulusan mahkamah Khamis lepas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat