Lombong emas haram di Rusila dipatahkan PGA, RM1.89 juta dirampas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan melombong emas secara haram membabitkan rampasan dianggarkan RM1.89 juta di Lubuk Terak Mukim Rusila di sini semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejayaan hasil pemeriksaan dilakukan Batalion 9 PGA dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di kawasan lombong berkenaan menerusi Op Bersepadu Khazanah kira-kira jam 5 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kegiatan itu dilakukan seorang lelaki berusia 57 tahun dan suspek gagal menunjukkan lesen pelombongan sah.

“Polis menahan dan merampas semua peralatan dan mesin jentera digunakan untuk melombong dianggarkan bernilai RM1.89 juta.

“Kes disiasat di bawah Akta Enakmen Mineral Terengganu 2002 kerana melombong tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri,” katanya melalui kenyataan lapor BH di Terengganu.

Nik Ros Azhan berkata, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu untuk tindakan lanjut.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat