Slam tetap ikut SOP

- Advertisement -

Di sebalik persiapan yang semakin rancak menjelang Konsert Slam Mentari Muncul Lagi anjuran Shiraz Projects di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini, terselit kebimbangan di hati anggota Slam berkenaan peningkatan kes Covid-19.

Selepas berdepan kejadian pertama di mana konsert yang sepatutnya berlangsung pada 17 Januari tahun lalu terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid 19, lima anggotanya iaitu Zamani (penyanyi), Shah (gitar), Lili (bass), Eddie (keyboard) dan Man (drum) amat berharap peristiwa ini tidak berulang lagi.

“Kami berharap supaya kenaikan kes Covid varian Omicron tak menjejaskan konsert yang dirancang. Kami berserah kepada takdir dalam perkara ini.

“Namun andai berlaku juga, kami ikut pada arahan kerajaan. Apa pun kita sama-sama berdoa dapat ia dapat dilangsungkan.

“Memang saya risau pasal Covid, tapi dari segi kesihatan saya pun risau juga. Kalau boleh saya tak nak terbeban dengan perkara lain dan fokus pada persembahan,” kata Zamani.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Lili yang melahirkan perasaan risau sekiranya berdepan kejadian tidak diingini ketika atau selepas konsert.

“Rasa risau itu memang ada. Jadi, Slam akan buat promo di laman sosial untuk peminat supaya ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Harapnya peminat buat ujian Covid sendiri sehari sebelum konsert. Ia perlu untuk kesihatan mereka serta masyarakat di luar sana.

“Mungkin ada segelintir pihak akan kata, dah tahu Covid meningkat, tapi Slam masih teruskan konsert. Harapnya ia takkan jadi bahan bualan. Saya percaya peminat akan jaga SOP dengan buat ujian covid sendiri sebelum dan selepas hadir ke konsert kami,” katanya.

Hampir sempurna

Dalam pada itu, Shah mengakui persiapan mereka untuk menghiburkan peminat dalam konsert terbabit sudah hampir sempurna.

“Sebenarnya kami sudah lama tak berlatih dan berkumpul begini. Diikutkan agak terlewat juga latihan dibuat kerana biasanya sebulan, tapi untuk yang ini hanya seminggu.

“Tempoh masa yang singkat kali ini buatkan saya hanya menggunakan ‘arrangement’ mana yang ada. Cuma saya ‘polish’ lain sikit untuk sesuaikan dengan keadaan semasa,” katanya yang memilih berlatih di studio milik Eddie di Ukay Perdana.

Manakala Lili pula gembira dapat bersama rakan lamanya selepas dua tahun berada di negara kelahirannya, Singapura.

“Suda lama saya rancang nak datang. Namun saya tetap buat latihan sendiri ketika PKP. Saya perlu sertai konsert ini kerana tak tahu bila lagi berpeluang.

“Umur pun sudah meningkat. Tak kisah sama ada akan ada lagi konsert atau ini konsert terakhir, saya mesti kena terbabit,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat