Jangan Selindung Di Sebalik Covid-19 Demi Selamatkan Diri – PH

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,00 demi untuk membantu...

Nazri Aziz positif Covid-19

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19. Malaysiakini melaporkan, Nazri berkata dia membuat...

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

Malaysia bergerak ke belakang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggambarkan Malaysia kini bergerak ke belakang. Katanya, dari sebuah negara demokrasi namun ketika ini bertukar...

Apa salahnya bagi diskaun elektrik masa PKP

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan syor kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memberikan diskaun elektrik kepada rakyat...

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak rasional Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden berkata, undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen, termasuk Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) dan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), menunjukkan langkah itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Majlis Presiden turut menimbulkan kerisauan bahawa perisytiharan darurat ini akan menjejaskan usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur, dan tidak akan membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan di kalangan rakyat.

“Jangan berselindung di sebalik COVID-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” menurutnya lagi.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Berkenaan isu pilihan raya, mereka berkata, Majlis Presiden melihat tindakan yang telah dilakukan sebelum ini, iaitu perisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah memadai.

“Bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pula, ia tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021, manakala Pilihanraya Umum ke-15 pula hanya perlu diadakan menjelang 2023. Oleh itu, alasan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin dalam isu ini tidak dapat diterima sama sekali.

“Malah kami melihat tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.

Mereka mendakwa, kuasa darurat itu bermakna ia memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

Malaysia bergerak ke belakang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggambarkan Malaysia kini bergerak ke belakang. Katanya, dari sebuah negara demokrasi namun ketika ini bertukar...

UMNO tak akan mereput, Puad beritahu Annuar

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menyelar Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa parti itu akan luput...