3,309 Kes Baru Covid-19, Empat Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia sekali lagi merekodkan angka harian tertinggi bagi jangkitan baharu COVID-19 apabila 3,309 kes dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 141,533 jangkitan, dengan 30,390 kes aktif.

Beliau berkata, jangkitan baharu itu membabitkan 3,303 penularan tempatan dan enam kes import.

“Kementerian Kesihatan juga merekodkan empat kematian baharu membabitkan rakyat tempatan.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 ialah 559 kes (0.39 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat ini, beliau berkata, 190 pesakit COVID-19 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 83 memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, katanya, 1,469 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 110,584 kes (78.1 peratus). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat