Lebih 20 Tahun ‘Terkandas’ Di Sarawak Akibat Diragut

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

SIBU – Kehilangan kad pengenalan diri dan ketiadaan wang selepas diragut ketika berkunjung ke negeri ini menyebabkan seorang wanita, Salmah Adik, yang kini berusia 70 tahun, ‘terkandas’ di sini selama lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, usaha Hospital Sibu dan Jabatan Penerangan Sarawak mengesan warisnya selepas warga emas itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 8 Januari lalu, ‘menemukan’ wanita itu dengan keluarganya di Labuan.

“Kami kini sedang mencari jalan untuk membawa dia pulang kerana satu-satunya pintu masuk ke Sarawak hanya melalui Kuching dengan penerbangan dari Kota Kinabalu,” kata anak saudaranya Zamain Ma’in, ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Sibu kini dalam zon merah Covid-19, sementara Labuan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Menurut Zamain, Salmah adalah adik ayahnya.

Maklumat mengenai Salmah yang dinyatakan sebagai berasal dari Batu Arang, Labuan tular selepas dimuat naik menerusi Facebook Jabatan Penerangan Sarawak.

“Saya turut membantu menularkan maklumat itu memandangkan beliau (Salmah) orang Labuan. Saya tidak sangka beliau adalah ibu saudara saya dan hanya mengetahuinya apabila salah seorang saudara saya memberitahu perkara itu kepada saya,” kata Zamain.

Menurut Zamain, arwah ayahnya tidak pernah bercerita mengenai adik-beradiknya namun sebelum meninggal dunia beberapa tahun lalu arwah sempat berpesan kepadanya agar mencari kesemua mereka.

Susulan itu, katanya, dia berjaya menjejaki tiga bapa saudaranya iaitu Mohd Yunus yang menetap di Kudat serta Yusuf dan Jaafar yang tinggal di Bukit Kalam, Labuan, namun gagal mengesan Salmah.

“Bukan kami tidak cari selama ini tapi gagal. Ada yang kata dia di Miri, ada yang kata di Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Sarawak dan netizen (warganet) yang telah menularkan maklumat tersebut,” katanya dalam nada sebak.

“Saya rasa bukan 20 tahun kami tidak berjumpa dia. Mungkin lebih. Ketika saya masih kecil dia mungkin pernah melihat saya dan anaknya sendiri Noridah Saman sekarang pun sudah berusia 47 tahun,” kata Zamain yang turut gembira kerana berjaya menunaikan hasrat arwah bapanya.

Menurutnya, dia juga dapat bercakap dengan ibu saudaranya yang memberitahu dia dilayan dengan baik di Hospital Sibu.

“Kami kini kesuntukan masa kerana mak cik akan dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi. Jika itu berlaku, kami akan menemui kesukaran untuk mencarinya semula kerana dia tidak mempunyai telefon dan kami juga tidak tahu di mana dia tinggal.

“Saya merayu kepada kerajaan negeri Sarawak mahupun pertubuhan bukan kerajaan di Sibu menempatkan ibu saudaranya di kemudahan tertentu buat sementara waktu agar mudah untuk kami mengambilnya balik selepas urusan dokumentasi dan perkara lain selesai,” katanya. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

Polis Tahan Tiga Anggota Geng Ah Boon

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki anggota ‘Geng Ah Boon’ di Kampung Baru Dengkil dekat sini semalam yang disyaki menyamun seorang warga Bangladesh...

Bom Tangan Ditemukan Di Skudai

JOHOR BAHRU - Sebutir bom lama jenis ‘hand grenade’ yang berada dalam keadaan berkarat ditemukan orang awam di pangkal sebatang pokok di tepi jalan...