Pas desak DAP perjuangkan reformasi di Parlimen bukan cuma media

KUALA LUMPUR – Jika DAP benar-benar mahukan reformasi, tempat yang paling patut mereka berjuang ialah di dalam Parlimen,” gesa Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa, DAP tidak memanfaatkan sidang Dewan Rakyat sepenuhnya sebaliknya hanya lantang bersuara di dada-dada akhbar.

“Suarakan dengan penuh tegas, bersemangat dan serius. Bukan hanya di dada-dada media.

“Sayangnya, di dalam Parlimen, peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Tetapi lebih gemar bersuara di dada-dada akhbar.

“Sebab itu pengundi-pengundi Cina jangan tertipu. Suara agak lantang DAP kebelakangan ini hanya untuk kelirukan pengundi sahaja kononnya jika ada perkara yang tidak disenangi, DAP sedia perjuangkan,” katanya.

Fadhli mengingatkan, jika tempoh 3 tahun tidak mampu laksanakan pembaharuan, apalah sangatnya tempoh 6 bulan?

“Tolak lakonan ini! gesa Fadhli.

Dalam mesyuarat tergempar pasca keputusan 29 November lalu, kepimpinan pusat DAP berjanji mempercepat reformasi dalam tempoh 6 bulan sebagai usaha memulihkan keyakinan awam.

Bagaimanapun, gesaan keras ini mengundang persoalan lebih besar: adakah ia benar-benar lahir daripada keinsafan politik atau sekadar tindak balas panik selepas tewas?

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bertegas memberi isyarat bahawa tempoh 6 bulan adalah penentu masa depan parti dalam kerajaan.

“Dalam tempoh enam bulan akan datang, kerajaan mesti menunjukkan perubahan yang ketara dan menawarkan harapan, sekali gus mengubah persepsi negatif awam,” kata Menteri Pengangkutan itu sebelum ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa DAP akan menilai semula peranan dalam kerajaan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menunjukkan reformasi bermakna.

Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming pula tanpa membuang masa turut berjanji DAP bakal menuntut Anwar mempertimbangkan semula cadangan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang menjadi kontroversi sejak berdekad lamanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat