Mufti Perlis digesa bekalkan maklumat lengkap kepada polis dakwaan sebaran Kultus Korea – Menteri KDN

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin digesa untuk tampil menyerahkan maklumat berkaitan dengan dakwaan gerakan kultus menyimpang berasal dari Korea yang sedang aktif di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Saya mempelawa Dr Mohd Asri untuk tampil membekalkan maklumat lengkap kepada pihak berkuasa, tentunya beliau mempunyai maklumat seperti disebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, lapor Sinar Harian di Putrajaya pada Khamis.

Saifuddin berkata demikian mengulas mengenai sebuah gerakan kultus berasal dari Korea menggunakan nama Jesus dengan pelbagai dakwaan yang sangat janggal dan menyimpang sedang aktif di Malaysia.

Beberapa hari lalu, Dr Mohd Asri menerusi hantaran di laman Facebooknya turut mendedahkan ramai Ahli Parlimen Muslim dan individu penting di Parlimen turut dilihat aktif membantu gerakan kultus tersebut dan satu taklimat mengenainya telah disampaikan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan Cawangan Khas PDRM mempunyai unit khusus yang menangani isu ajaran sesat merentasi pelbagai agama dan penganut, termasuk pemantauan modus operandi kumpulan serta individu terlibat.

“Memang itu tugas hakiki dalam Cawangan Khas, ada satu Cawangan Khas khusus untuk itu,” jelas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat