UEC: Kerajaan Perpaduan bukan hanya milik DAP, kenapa perjuangkan perkara yang salah – Khairuddin Takiri

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Datuk Dr Khairuddin Takiri mengingatkan DAP bahawa Kerajaan Perpaduan adalah milik bersama.

“Kerajaan ini milik bersama Kerajaan Perpaduan bukannya kerajaan PH secara bersendirian apatah lagi DAP sahaja.

“Jika ia milik PH bolehlah laksanakan janji manifesto mereka tetapi tunggulah berlaku lagi kerajaan PH 1.0,” tegasnya memberi peringatan.

Khairuddin membidas DAP supaya tidak perlu menjolok perkara yang tidak sepakat.

“Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai sijil pra universiti untuk sekolah menengah persendirian Cina bercanggah dengan Akta Pendidikan kerana mengabaikan Bahasa Melayu.

“Ia juga bukan daripada sistem pendidikan negara, malah kurikulumnya juga bukan kurikulum kebangsaan.

“Kenapa mahu diperjuangkan perkara yang salah? soal Khairuddin dalam hantaran di Facebooknya malam tadi.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menegaskan partinya akan terus memperjuangkan agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf kerajaan, sambil menyeru masyarakat Cina supaya kekal bersabar terhadap usaha tersebut.

Kor Ming berkata, DAP akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu secara rasmi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjelaskan bahawa matlamat utama perjuangan itu adalah agar pelajar dari sekolah persendirian Cina yang memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu SPM dibenarkan memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menggunakan keputusan UEC.

Beliau turut menegaskan bahawa DAP tidak pernah meninggalkan komitmen terhadap isu ini, yang telah lama menjadi aspirasi masyarakat Cina.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat