Orang Asli Lebih Dihargai Di bawah Kerajaan BN

- Advertisement -

BERA – Bajet 2023 memperuntukkan RM305 juta berbanding bajet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya RM100 juta untuk Orang Asli ketika mereka memerintah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob memberitahu, peruntukan ini merangkumi program bantuan sosial, peningkatan taraf hidup serta Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli.

Dalam pada itu, katanya kerajaan akan melaksanakan Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli merangkumi kerja-kerja penanaman semula getah dan kelapa sawit yang akan memanfaatkan lebih 2,100 orang asli antaranya di Kemaman Terengganu, Bera Pahang, dan Gua Musang Kelantan.

“Kerajaan juga akan mempergiat Program Pembangunan Usahawan Orang Asli bagi menyediakan bantuan peralatan perniagaan dan bimbingan keusahawanan kepada 550 orang asli.

“Yayasan di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan juga menaja sekurang-kurangnya 10 orang anak orang asli untuk menyambung pelajaran di luar negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ngeteh Santai Orang Kita di Perkampungan Orang Asli Kampung Bongkok pada Jumaat.

Selain itu, beliau juga mengumukan mewujudkan tadika di perkampungan Orang Asli dan sekolah rendah berdekatan penempatan mereka sehingga isu keciciran sekolah rendah hampir tiada.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, sebanyak 216 tanah orang asli sudah diwartakan setakat ini, 427 lagi dalam permohonan dan 117 lagi belum mengemukakan permohonan itu.

“Juga memberi bantuan berupa peralatan, bahan input pertanian kepada golongan miskin/miskin tegar Orang Asli menerusi Program Peningkatan Pendapatan kepada golongan Miskin Tegar bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan.

“Projek Tanam Semula Komersial (TSK) bagi membangunkan tanah masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit dan getah secara komersial serta memberi pulangan hasil kepada peserta-peserta projek,” katanya

Dalam pada itu, pembinaan /baik pulih rumah menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) bagi menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih bermutu, selamat, sempurna dan selesa.

Ismail Sabri juga memberitahu, pembinaan premis perniagaan bagi membantu dan menggalakkan lagi lebih ramai usahawan Orang Asli menceburkan diri di dalam perniagaan.

“Bimbingan Usahawan (Bantuan Peralatan Perniagaan) dengan memberi bantuan berupa peralatan perniagaan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli yang berpotensi untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan menyediakan skim galakan pendidikan pelajar Orang Asli di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Perdana Menteri mengumumkan pelajar Orang Asli yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama akan menerima kadar bantuan dari RM 9,560 hingga RM11,200 setahun.

“Manakala di peringkat diploma kadar bantuan ialah RM8,160 hingga RM8,360 setahun bagi peringkat sijil dan pra-diploma pula pelajar menerima RM3,500; matrikulasi dan asasi pula RM3,000 setahun juga bantuan keperluan asas ke maktab perguruan RM390 setahun.

“Bagi pendidikan pelajar sekolah kerajaan memperuntukkan tambang pengankutan, wang saku pelajar sekolah menengah, bekalan catuan makanan pagi untuk murid di pedalaman, keperluan penjagaan diri di asrama dan yuran bagi pelajar tak menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM) serta pakaian seragam sekolah untuk murid darjah 1 dan pelajar tingkatan 1,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat