Disaman Kerana Guna Telefon Ketika Memandu, Bukan Sebab Isteri Duduk Sebelah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Video tular yang kononnya membayangkan kejadian seorang pemandu disaman pihak polis kerana isterinya duduk di sebelah beliau, sebetulnya adalah kisah disaman kerana menggunakan telefon ketika memandu.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media khas mengenai Covid-19 sebentar tadi.

Menurut Ismail sebaik dimaklumkan, beliau telah merujuk perkara tersebut kepada pihak Bukit Aman dan dimaklumkan oleh seorang pegawai polis tentang situasi sebenar kejadian tersebut.

Justeru Ismail menyeru kepada semua rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan berita seperti itu kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat