Perdana Menteri Bahrain Meninggal Dunia

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Perdana Menteri Bahrain, Khalifa bin Salman Al Khalifah telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Amerika Syarikat, lapor media negara itu.

Beliau berusia 84 tahun dan merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di negara teluk tersebut.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh media rasmi negara tersebut, Agensi Berita Bahrain.

Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama seminggu di mana bendera akan dikibarkan setengah tiang, kata agensi tersebut.

Upacara pengebumian akan dilakukan setelah jenazahnya dibawa pulang dan proses pengebumian adalah terhad kepada sejumlah kerabat tertentu, menurut laporan tersebut lagi – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat