PKPD Di Medan 88 Salak Tinggi Bermula Esok

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88 di Salak Tinggi, Sepang bermula esok sehingga 25 November.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 39 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kawasan berkenaan sehingga 5 November lalu.

“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan sebanyak 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 orang penduduk.

“PKPD ini juga membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar dan mengawal pergerakan individu bagi memutuskan penularan Covid-19 dalam komuniti,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Ujarnya, prosedur operasi standard PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Walaubagaimanapun, premis perniagaan bagi barangan keperluan asas dibenarkan untuk beroperasi,” tambah beliau. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat