Menikmati secawan kopi dan hidangan kegemaran di kopitiam mungkin sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian ramai rakyat Malaysia, namun siapa sangka kunjungan ke Hock Kee Kopitiam kali ini turut membuka peluang untuk membawa pelanggan lebih jauh, malah sehingga ke Seoul, Korea Selatan.
Menerusi kerjasama terbaru antara Hock Kee Kopitiam dan Golden Destinations, pelanggan bukan sahaja ditawarkan pengalaman menikmati sajian tempatan, malah berpeluang mendapatkan ganjaran pelancongan dan makanan dengan nilai keseluruhan RM80,000, menjadikan kerjasama ini sesuatu yang dekat dengan kehidupan seharian pelanggan kedua-dua jenama.
Kerjasama tersebut dimulakan menerusi kempen cabutan bertuah peringkat kebangsaan “Golden Journey to Seoul with Hock Kee”, yang memberi peluang kepada pelanggan Hock Kee untuk memenangi Baucar Pelancongan Golden Destinations bernilai RM10,000, dengan baucar berkenaan boleh digunakan untuk pakej pelancongan terpilih ke Seoul yang ditawarkan oleh Golden Destinations.
Kempen yang berlangsung dari 27 Julai hingga 30 September 2026 itu terbuka kepada pelanggan yang berbelanja RM100 atau lebih dalam satu resit di cawangan Hock Kee Kopitiam yang mengambil bahagian di seluruh negara, sekali gus menjadikan kunjungan menikmati hidangan di Hock Kee bukan sekadar tentang makanan, tetapi turut memberikan peluang untuk membawa pulang ganjaran yang mungkin menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan ke luar negara.
Secara keseluruhan, kempen cabutan bertuah tersebut menyediakan Baucar Pelancongan Golden Destinations bernilai RM40,000, dengan empat pemenang berpeluang membawa pulang baucar bernilai RM10,000 setiap seorang untuk menikmati pakej pelancongan terpilih ke Seoul, Korea Selatan.

Pada masa yang sama, pelanggan Golden Destinations juga tidak dilupakan apabila Hock Kee Kopitiam menyediakan 4,000 baucar makan bernilai RM10 setiap satu, dengan jumlah keseluruhan RM40,000, untuk dinikmati oleh pelanggan Golden Destinations.
Melalui tawaran ini, pelanggan kedua-dua jenama mendapat pengalaman yang berbeza tetapi saling melengkapi, apabila pelanggan Hock Kee berpeluang mencuba nasib untuk menikmati percutian ke Seoul, manakala pelanggan Golden Destinations pula diberikan peluang untuk mengenali dan menikmati sajian yang ditawarkan Hock Kee Kopitiam.
Bagi Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, sokongan pelanggan selama ini menjadi antara perkara penting yang membantu perkembangan Hock Kee, justeru pihaknya mahu mencari lebih banyak cara untuk menghargai pelanggan dengan menawarkan sesuatu yang bukan sahaja berkaitan makanan.
Katanya, pengalaman pelanggan bersama Hock Kee boleh diperluaskan kepada ganjaran dan pengalaman lain yang memberikan kegembiraan di luar kunjungan mereka ke restoran.
“Sokongan pelanggan banyak menyumbang kepada perkembangan Hock Kee hingga ke hari ini. Justeru, kami mahu terus mencari cara yang lebih bermakna untuk memberikan nilai tambah kepada mereka, bukan sahaja melalui pengalaman kulinari, tetapi juga ganjaran dan pengalaman yang melangkaui meja makan.
“Kerjasama dengan Golden Destinations membuka peluang untuk kami merealisasikan hasrat tersebut. Kami berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak manfaat dan pengalaman menarik yang dapat dinikmati pelanggan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Golden Destinations, Charles Lim, berkata kerjasama bersama Hock Kee Kopitiam memberi peluang kepada pihaknya untuk mendekati pelanggan melalui sesuatu yang lebih dekat dengan kehidupan seharian mereka, terutama apabila pengalaman melancong dapat disatukan dengan minat terhadap makanan.
“Mewujudkan pengalaman pelancongan yang lancar dan bermakna sentiasa menjadi keutamaan kami. Melalui kerjasama dengan Hock Kee Kopitiam, kami dapat menawarkan lebih banyak manfaat kepada para pengembara dengan menghubungkan pengalaman pelancongan dengan aktiviti yang disukai mereka dalam kehidupan harian.
“Kami berharap dapat terus mengembangkan kerjasama ini dan menghadirkan lebih banyak pengalaman bermakna buat pelanggan kami,” katanya.
Kerjasama terbaru ini juga bukan sekadar tertumpu kepada kempen yang sedang berlangsung kerana kedua-dua pihak mempunyai beberapa perancangan lain yang boleh diperkenalkan kepada pelanggan secara berperingkat, termasuk promosi bersama, kempen pemasaran di platform masing-masing, tawaran khas, baucar makanan dan pelancongan serta beberapa aktiviti lain yang menggabungkan kedua-dua bidang berkenaan.
Selain itu, Hock Kee Kopitiam dan Golden Destinations turut melihat peluang untuk menggunakan saluran digital bagi memperkenalkan tawaran kepada pelanggan menerusi platform B2B dan B2C, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai promosi dan ganjaran yang ditawarkan.
Tidak ketinggalan, kerjasama acara dan kempen bersama juga antara perkara yang sedang diterokai oleh kedua-dua jenama, dengan pengumuman mengenai tawaran atau aktiviti terbaru akan dibuat dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, pelanggan Hock Kee masih mempunyai peluang untuk menyertai kempen “Golden Journey to Seoul with Hock Kee” sehingga 30 September ini, dengan syarat berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit di cawangan Hock Kee Kopitiam yang mengambil bahagian.
Daripada sebuah kunjungan biasa untuk menikmati kopi dan makanan, pelanggan kini mempunyai peluang untuk membawa pulang sesuatu yang lebih besar sama ada baucar makanan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan atau peluang memenangi ganjaran pelancongan yang mungkin membawa mereka mengumpul kenangan baru di Seoul.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hock Kee, orang ramai boleh mengunjungi laman web rasmi Hock Kee Group serta mengikuti Hock Kee Kopitiam menerusi Facebook, Instagram, Rednote, TikTok dan Threads untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai kempen serta tawaran yang akan datang.
#HockKee #GoldenDestinations #GD #StrategicPartnership #HockKeeLah


