Sidang Khas Parlimen RCI : Ahli Parlimen PKR persoalkan pembangkang, tindakan keluar dewan mengecewakan

KUALA LUMPUR – Tindakan keluar dewan oleh beberapa ahli parlimen pembangkang hari ini ketika bermulanya Sidang Khas Parlimen membahaskan RCI Tabung Haji boleh menimbulkan persoalan tahap serius mereka terhadap isu berkenaan.

Ahli Parlimen Sekijang (PH-PKR), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, tindakan itu amat mengecewakan kerana pembangkang sebelum ini lantang membangkitkan soal kepentingan Islam dan umatnya.

Dalam satu kenyataan di Facebook, beliau berkata sidang khas itu sepatutnya jadi medan ahli parlimen pembangkang untuk meneliti, memberi persoalan serta mencabar setiap dapatan yang terkandung dalam laporan berkenaan.

“Selama ini mereka bercakap seolah-olah merekalah jaguh yang paling lantang mempertahankan Islam dan kepentingan umat Islam.

“Hari ini, apabila pintu Parlimen dibuka untuk mereka bertanya, mencabar, menyanggah dan membahaskan setiap dapatan RCI, mereka memilih untuk keluar.

“Jadi saya hendak tanya, sebenarnya siapa yang tidak mahu isu Tabung Haji ini dibahaskan,” katanya.

Menurutnya, jika pembangkang tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian siasatan RCI, mereka perlu menggunakan Dewan Rakyat untuk memberi fakta dan hujan mereka.

“Kalau ada dapatan RCI yang mereka tidak setuju, bangun dan lawan dengan fakta. Kalau ada keputusan kerajaan yang mereka mahu persoalkan, tanyakan dalam Dewan.

“Kalau ada pihak yang mereka percaya perlu dipertahankan, pertahankan dengan hujah,” ujarnya.

Dr Zaliha turut mengkriti pembangkang kerana sering bercakap mengenali ketelusan, amanah dan kepentingan umat Islam di luar dewan tetapi memilih untuk tinggalkan sidang khas itu.

“Tetapi jangan di luar Dewan bercakap soal ketelusan, soal amanah, soal Islam dan kepentingan umat, kemudian apabila sampai masanya untuk berdepan dengan fakta di dalam Dewan, mereka memilih untuk keluar beramai-ramai,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat