Terima kasih 10 tahun bangunkan Kelantan, PAS hargai jasa Ahmad Yakob, Mohd Amar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menghargai jasa dan bakti yang ditabur bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah sepanjang 10 tahu membangunkan negeri Darul Naim itu.

PAS dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, pelbagai pencapaian telah diperoleh kerajaan negeri dan dinikmati oleh rakyat Kelantan sepanjang pentadbiran Ahmad dan Mohd Amar.

“Terima kasih 10 tahun merakyatkan membangun bersama Islam. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Datuk Ahmad Yakob, bekas Menteri Besar Kelantan dan Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan atas jasa dan sumbangan sepanjang 10 tahun membangunkan negeri Kelantan.

“Pelbagai pencapaian telah diperoleh kerajaan negeri dan dinikmati oleh rakyat Kelantan,” katanya.

Tambah PAS lagi, dalam tempoh 33 tahun ini, PAS Kelantan berjaya membuktikan bahawa dasar Islam mampu memandu sebuah kerajaan.

Memetik kata-kata Ahmad iaitu “Islam berjaya mentadbir bukan ditadbir. Islam dilihat syariat yang memandu, bukan dipandu. Islam juga berjaya memimpin perpaduan dalam masyarakat majmuk.”

“Semoga diberkati dan terus menyumbang kepada kemajuan Kelantan,” ucap PAS.

Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan, Kelantan dijangka mempunyai Menteri Besar atau Timbalan Menteri Besar baharu berikutan keputusan PAS mencadangkan gabungan agamawan dan teknokrat untuk dua jawatan itu jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Susulan itu, Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dijangka tidak dilantik semula memegang antara dua jawatan berkenaan.

Ini kerana kedua-dua mereka adalah tokoh agamawan dan bukan tokoh teknokrat.

Jelas Takiyuddin, gabungan kepimpinan di Kelantan membabitkan tokoh agamawan dan tokoh teknokrat itu tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Bagaimanapun ujar beliau, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, masing-masing diumumkan kekal sebagai Menteri Besar Kedah dan Terengganu jika Perikatan Nasional (PN) menang PRN, esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat